CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 116|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ulama tersohor Pulau Pinang meninggal dunia

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Ulama tersohor Pulau Pinang meninggal dunia
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 09 Januari 2022


Ulama tersohor dan tertua di Pulau Pinang, Datuk Syeikh Maulana Abdullah Abdul Rahman Al Bukhari Al Masyuri meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.


GEORGETOWN - Ulama tersohor Pulau Pinang, Datuk Syeikh Maulana Abdulah Abdul Rahman Al Bukhari Al Masyuri meninggal dunia pada usia 88 tahun pada Ahad.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11 pagi di kediamannya di Jalan Brani di sini.


Berita pemergian ulama tertua di Pulau Pinang itu dikongsi di Facebook.


Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1960 merupakan bekas imam di Masjid Kapitan Keling di sini sejak tahun 1972 sehingga 31 Disember 2018.


Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Noordin di Masjid Kapotan Keling, Georgetown selepas Asar pada Sabtu.


Kematian Allahyarham mendapat perhatian dan ucapan takziah daripada pelbagai pihak yang menyifatkan pemergiannya sebagai khabar duka dari bumi Pulau Mutiara itu.


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman turut berkongsi kesedihan kehilangan bekas Imam Masjid Kapitan Keling itu.


"Al-Fatihah. Saya menerima khabar duka hari ini, berita akan pemergian Datuk Sheikh Abdullah Bukhari Al-Hafiz, tokoh yang banyak berjasa dalam perkembangan umat Islam rantau ini.


"Semoga ALLAH SWT merahmatinya, menerima segala amalannya dan ditempatkan rohnya dalam kalangan para solihin," katanya di laman Facebooknya pada Ahad.





Berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyifatkan Allahyarham adalah antara ulama tua Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai mutiara berharga bagi negerinya.


"Kali terakhir saya menziarahinya dan menyampaikan sumbangan penghargaan kepada beliau adalah pada 9 Ogos 2020 semasa saya masih menjawat jawatan sebagai menteri.


"Beliau berkhidmat tanpa jemu sebagai guru takmir bermula pada tahun 1985 sehingga tahun 2019," katanya pada Ahad.


Syeikh Abdullah Abdul Rahman dilahirkan pada 29 Jun 1933 di Jalan Brani, Pulau Pinang, lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Abdullah Bukhari kerana menjadi rujukan dalam hadis al-Bukhari.


Syeikh Abdullah Bukhari memulakan pendidikan awalnya di Madrasah al-Mashoor al-Islami dengan kelulusan 4 thanawi dan pengkhususan Qismun Takhasasin dan Qismun Muallimun pada tahun 1952.


Beliau memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur, India pada tahun 1953 selain memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui, Nidur, India pada tahun 1958.




Syeikh Abdullah Bukhari pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada tahun 1958 sehingga 1979.


Beliau juga sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan kebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ang-meninggal-dunia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.176806 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list