CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Sarawak] Terima atau tidak PBM itu hak BN bukan GPS, kata Wan Junaidi

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 01:42 AM



Wan Junaidi mengadakan lawatan kerja di Kompleks Mahkamah Kuching hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Barisan Nasional (BN) mempunyai hak untuk menerima atau tidak permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menjadi parti komponen dalam BN.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan lagi sebahagian daripada BN.
Justeru katanya persetujuan antara parti komponen dalam BN diperlukan untuk menerima atau tidak PBM.

“Larry Sng sebagai Presiden PBM ada hak untuk memohon kepada BN dan hak BN untuk menerima atau tidak.

“Pada kita tidak menjadi masalah kerana kita mesti benarkan seramai mungkin orang mengamalkan demokrasi,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuching di sini hari ini.


Tambah Wan Junaidi sebagai peguam dan veteran politik GPS, beliau tidak ada masalah untuk mana-mana individu atau pihak menubuhkan parti.

Ini kerana katanya pada akhirnya sokongan rakyat yang akan menentukan kewujudan sesebuah parti.

“Kita keluar daripada BN dahulu kerana kita tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak dan mahu mempunyai hala tuju sendiri.

“Tetapi kita kekal mesra dengan kerajaan pusat,” katanya yang juga Ahli Parliman Santubong.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menerusi catatan di Facebooknya semalam, berkata untuk BN menerima PBM bukanlah satu idea yang baik.

Ujar Isham, ia mungkin tidak menjadi masalah jika PBM yang diketuai Sng, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai BN tanpa syarat.

Tetapi katanya jika PBM mahu menyertai BN untuk agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), maka ia tidak boleh diterima.

Malah menurut Isham, menerima PBM hanya akan menjejaskan hubungan antara BN dan GPS.  


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068047 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list