CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Sarawak] Empat mahkamah baharu dicadang dibina di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode


Wan Junaidi pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Kompleks Mahkamah Kuching. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Empat mahkamah baharu dicadang dibina di Sarawak iaitu di Limbang, Sri Aman, Mukah dan Kapit.

Menteri Parlimen dan Undang-Undang Datuk Seri Wan Juniaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan pembinaan mahkamah baharu ini penting untuk menampung jumlah kes yang semakin meningkat.

“Cadangan sudah dibuat kepada kerajaan dan dengan adanya Perdana Menteri yang ada sekarang, beliau sangat peka dalam perkara ini.

“Soal tanah, boleh bincang dengan kerajaan negeri atau agensi kerajaan lain manakala dari segi peruntukan ia tidaklah begitu banyak,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kuching di sini hari ini.

Selain membina mahkamah baharu, sebuah kediaman rasmi bagi Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak juga akan dibina.

Kemudahan ini katanya bukan sahaja untuk keselesaan dan keselamatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tetapi juga untuk menjaga imej kehakiman itu sendiri.

Mengenai lawatan tersebut, Wan Junaidi berkata beliau mendapati terdapat keperluan untuk menaik taraf kemudahan kehakiman di negeri ini.

Katanya setiap Ibu Pejabat Bahagian mesti mempunyai bangunan mahkamah sendiri bagi perkhidmatan yang cekap serta memudahkan urusan mahkamah.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) katanya, kerajaan telah meluluskan sebanyak 14 projek naik taraf, ubah suai dan pemuliharaan bangunan mahkamah di negeri ini dengan peruntukan RM9 juta lebih.

Projek naik taraf ini melibatkan Kompleks Mahkamah Kuching, Kompleks Mahkamah Bintulu, Kompleks Mahkamah Miri, Mahkamah Kota Samarahan, Mahkamah Sibu dan Mahkamah Sarikei.

Hadir sama Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Abdul Aziz Mohd Johdi.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056293 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list