CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Sarawak] Remaja buat aksi 'Superman' dicekup polis

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:34 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Padah buat aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal, seorang remaja lelaki ditahan semasa Op Samseng Jalanan, di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan semasa operasi yang dijalankan di kawasan Masja sekitar jam 5 petang hingga 10 malam.

"Suspek bagaimanapun ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, dalam operasi terbabit, polis turut mengeluarkan sebanyak empat keping saman Polis 257.

Dalam pada itu, Alexson menjelaskan Op Samseng dilaksanakan oleh JSPT Sarawak bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuching.

Ia diketuai Timbalan Ketua JSPT Sarawak, DSP Mathew Mangie itu  bersama-sama enam anggota.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.348401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list