CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Sarawak] Tubuh Unit Warden Trafik di setiap majlis tempatan di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:31 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (tengah) serta kenamaan lain memotong kek bagi meraikan Ulang Tahun Ke-70 MDLBS di Sibu pada malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak majlis supaya menyediakan tenaga kerja mereka bagi menampung perkhidmatan tambahan ini kepada masyarakat.

“Saya mahu meningkatkan perkhidmatan (pihak majlis tempatan). Salah satu perkhidmatan yang ingin kita tingkatkan lagi ialah semua majlis perbandaran telah diberi kuasa oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mempunyai warden trafik.

“Jadi, saya nak wujudkan Unit Warden Trafik di semua majlis kementerian. Jadi, anda perlu menyediakan tenaga kerja anda kerana kesesakan lalu lintas sangat serius di semua kawasan perbandaran dan kami mahu membantu polis," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-70 Majlis Daerah Luar Bandar (MDLBS) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu majlis tempatan memainkan peranan yang semakin meningkat dalam kesihatan awam.
“Jika kita melihat kembali sejarah, kesihatan awam dahulunya hanya menjadi dominan majlis tempatan.

“Selama bertahun-tahun, ia hanya menjadi dominan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi, kita perlu menyemak semula tenaga kerja, kepakaran untuk memastikan kesihatan awam kembali kepada majlis tempatan," katanya.

Beliau memberitahu rundingan untuk mengembalikan hak kepada Sarawak di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) adalah termasuk autonomi kesihatan dan pendidikan antara lain.

Antara lain, Dr Sim mahu melihat ahli majlis bekerjasama rapat dengan pengerusi majlis dan pengurusan majlis.

Mengenai perkara ini, katanya, beliau akan menyemak semua pelantikan ahli majlis dalam tempoh enam bulan akan datang kerana penggal semasa akan tamat.

Beliau juga menyebut mahu menyeragamkan proses kerja menjadikannya lebih mengutamakan rakyat serta beralih kepada digital selaras dengan misi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke arah Sarawak digital.

Terdahulu, bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS), beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua majlis di atas kerjasama mereka sejak dua tahun lepas.

“Kita telah menjadikan Sarawak mempunyai jumlah kematian terendah (akibat COVID-19) di seluruh negara. Selain itu, kerana semangat perpaduan Sarawak, kami mempunyai bilangan vaksinasi dos 1 dan dos 2 tertinggi, serta dos penggalak,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengenang rakyat Sarawak yang kehilangan nyawa akibat COVID-19.

“Pada 2020, kita kehilangan 19 orang rakyat Sarawak akibat COVID-19 dan tahun lepas, kita kehilangan hampir 1,300 (orang). Kita mesti terus berwaspada kerana Omicron bukan sahaja di Sarawak dalam komuniti, tetapi lonjakan itu (dijangka) di sini untuk beberapa minggu akan datang.

“Tujuh kes terakhir yang saya umumkan dua hari lalu, adalah empat minggu lalu. Kenapa empat minggu lalu? Kerana untuk mendiagnosis Omicron, kita memerlukan penjujukan genetik. Kami mempunyai lebih 30 kes Omicron di Sarawak pada masa ini,” katanya.

Beliau menjelaskan penjujukan genetik untuk mendiagnosis Omicron mengambil masa tiga hingga empat minggu, yang mana keputusan hanya akan tersedia selepas itu.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang; Senator Robert Lau; Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai; Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng; Penasihat Kesihatan Awam, Perumahan dan Menteri Kerajaan Tempatan Dato Chieng Buong Toon; Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting dan Pemangku Setiausaha MDLBS Teng Ming Min.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.376990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list