CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 09/01/2022

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 10:56 AM





22 kes COVID-19 di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 22 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 252,498.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata satu daripada kes baharu ini adalah kategori lima.

Manakala 21 kes lain adalah kategori satu dan dua iaitu tiada gejala dan bergejala ringan.

“Enam kes direkodkan di Lawas, manakala lain-lain kes direkodkan di Sibu (5), Bintulu (2), Limbang (2) dan masing-masing satu kes di Miri, Samarahan, Kuching, Sri Aman, Song, Mukah dan Sebauh,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan manakala seramai 27 individu di bawah pengawasan (PUS) baharu menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, polis Sarawak mengeluarkan kompaun di Kuching (8) dan Miri (7) atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tujuh kesalahan melibatkan gagal mengimbas kod QR MySejahtera, tujuh kesalahan membuka premis di bawah senarai tidak dibenarkan dan tidak menjaga penjarakan fizikal dan satu kesalagan tidak memakai pelitup muka.

Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan 405 pemeriksaan namun tiada kompaun dikeluarkan.


utusanborneo.com.my/2022/01/09

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2022 06:55 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.257813 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list