CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima 'Superman' ditahan

[Copy link]
Post time 9-1-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Antara yang ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Samseng Jalanan pada Sabtu.

BAYAN LEPAS - Lima samseng jalanan ditahan selepas didapati menunggang secara berbahaya di Jalan Tengah Bayan Baru - Lebuh Raya Tun Dr Lim Cheung Eu di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, kesemua penunggang motosikal terbabit ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi.

Menurut kenyataan itu, pemerhatian yang dilakukan polis mendapati kumpulan samseng jalanan itu menunggang motosikal secara zig-zag dan beraksi 'superman' yang jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

"Lima lelaki telah ditahan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebuah motosikal disita.

"Sebanyak 22 keping saman dikeluarkan atas lain-lain kesalahan," katanya.

Dalam operasi selama lebih kurang lima jam itu, polis telah menahan lima penunggang beserta motosikal kerana melakukan aksi menunggang secara berbahaya serta melulu dan kesemua motosikal dibawa ke Balai Trafik Bayan Lepas.

Jelasnya, polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang aktiviti samseng jalanan ini.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ma-Superman-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068726 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list