CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 136|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita sesat ketika mendaki Taman Botani

[Copy link]
Post time 9-1-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat wanita yang dikhuatiri tersesat ketika mendaki di Taman Botani. FOTO ihsan bomba

Georgetown: Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang wanita yang dipercayai tersesat ketika mendaki di Taman Botani, di sini, sejak petang semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Johari Bar Azwar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.04 petang.

Katanya, panggilan itu dibuat mangsa yang berusia 30-an dan mendakwa dia tersesat ketika mendaki di kawasan berkenaan.

"Kali terakhir mangsa dapat dihubungi ialah pada jam 7.30 malam tadi.

"Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan bagi mengesan mangsa," katanya di sini, hari ini.

Johari berkata, operasi berkenaan membabitkan tiga pasukan seramai 24 individu.

Selain anggota dari BBP Bagan Jermal, operasi turut dibantu beberapa Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Berhampiran.

"Kawasan pencarian juga diperluaskan bagi mengesan mangsa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.079218 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list