CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Borneo] [Luar Negara] Wanita positif Covid-19 dikuarantin dalam tandas pesawat

[Copy link]
Post time 8-1-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode

CHICAGO: Marisa Fotieo berada dalam penerbangan dari Chicago ke Reykjavik, Iceland dalam perjalanan menuju destinasi terakhirnya di Switzerland bersama-sama abang dan bapanya.

Sebelum penerbangan, Fotieo memberitahu CNN dia mengambil dua ujian PCR dan kira-kira lima ujian pantas untuk Covid-19 dan semuanya kembali negatif.
Tetapi kira-kira satu setengah jam dalam penerbangan, Fotieo mula berasa sakit tekak.

Dia kemudian mengambil satu lagi ujian dan kali ini hasilnya positif menyebabkan dia menjadi panik dan menangis.

Seorang pramugara yang melihat keadaan Ragnhildur Eiríksdóttir, atau Rocky, berjaya menenangkannya.

Fotieo seorang guru tadika mendapat vaksin sepenuhnya dan juga menerima dos penggalak.

Dia sentiasa melakukan ujian Covid-19 secara konsisten memandangkan dia bekerja dengan populasi yang tidak divaksin.

Rocky melakukan hal yang dia mampu untuk cuba menyusun semula tempat duduk supaya Fotieo boleh duduk di satu tempat sahaja, tetapi tempat duduk semuanya penuh.

“Apabila dia kembali dan memberitahu saya dia tidak dapat mencari tempat duduk yang sesuai saya memilih untuk tinggal di bilik air kerana saya tidak mahu berada di sekeliling orang lain dalam penerbangan,” kata Fotieo kepada CNN.

Nota kemudian diletakkan di pintu tandas memberi amaran ia tidak berfungsi.

Tandas itu menjadi tempat duduk baharu Fotieo untuk baki penerbangan.

Sebaik sahaja pesawat mendarat di Iceland, Fotieo dan keluarganya adalah yang terakhir turun dari pesawat.

Memandangkan abang dan bapanya tidak mengalami sebarang simptom, mereka bebas meneruskan penerbangan ke Switzerland.

Fotieo diberi dua ujian pantas dan PCR di lapangan terbang dengan kedua-duanya menunjukkan positif, katanya.

Dia kemudian dipindahkan di hotel Palang Merah dan memulakan kuarantin selama 10 hari.


sarawakvoice.com/2022/01/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060896 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list