CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Sabah] JPJ & PDRM Sabah Diminta Pantau Lori Bawa Muatan Lebih Elak Jalan Rosak

[Copy link]
Post time 8-1-2022 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-1-2022 11:13 AM



SANDAKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta supaya sentiasa memantau lori yang membawa muatan melebihi had bagi mengelak jalan raya rosak di negeri ini.

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Datuk Fadli Fathullah berkata, pihaknya sudah melakukan tinjauan bermula dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan mendapati banyak laluan yang rosak.


Katanya, jalan itu sudah pun dilaporkan rosak kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu turut diambil maklum oleh jabatan berkenaan untuk tindakan segera dengan menampal jalan yang rosak untuk sementara waktu.

“Bagaimanapun, memandangkan keadaan cuaca yang masih hujan menyebabkan kerja menambah baik jalan terbabit tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

“Disebabkan keadaan itu, jalan dari Telupid ke Sandakan kembali rosak dan JKR sentiasa memantau jalan itu untuk di tampal dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Fadli lagi, pihak berkuasa juga harus memainkan peranan untuk memantau sebarang aktiviti terutama membabitkan pengangkutan berat di laluan terbabit.

“Kita menyarankan kepada JPS dan PDRM untuk memantau segala aktiviti pengangkutan besar seperti lori membawa muatan kelapa sawit dan kayu balak supaya tidak membawa muatan lebih daripada yang dihadkan.

“Ini juga merupakan antara punca kerosakkan jalan bertambah lebih seriusjika perkara ini tidak di pantau,” katanya.

Sehubungan itu, Fadli sebagai wakil NGO memohon pihak jabatan berkaitan mengambil langkah dengan memantau segala aktiviti ini terbabit. – Asiatimes


sabahpost.net/2022/01/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055967 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list