CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 08/01/2022

[Copy link]
Post time 8-1-2022 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-1-2022 02:03 PM



199 kes baharu COVID-19 di Sabah
KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 199 kes baharu COVID-19 dengan pengurangan sebanyak 43 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun kes-kes baharu di Kota Kinabalu meningkat lebih dua kali ganda daripada 25 kes pada 7 Januari 2022 kepada 60 kes hari ini.

"Tetapi adalah diperhatikan kecuali satu kes, 59 kes yang lain merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih.

"Ranau yang hampir setiap hari tersenarai dalam kalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu COVID-19 di Sabah hanya merekodkan empat kes baharu semalam berbanding 20 kes pada 7 Januari 2021.

"Jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 195 kes daripada 199 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

Katanya, pesakit-pesakit Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 hanya mengalami gejala-gejala ringan.

"Terdapat dua kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/08



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052790 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list