CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 08/01/2022

[Copy link]
Post time 8-1-2022 07:02 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Satu lagi kematian, 15 kes baharu

KUCHING: Satu lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak melibatkan lelaki dari Sibu, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa menerusi kenyataan hari ini berkata, kes kematian berkenaan direkodkan pada 6 Januari 2022 melibatkan lelaki berusia 47 tahun di Hospital Sibu.

Katannya, kes mempunyai latar belakang penyakit ko-morbid iaitu kencing manis, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik.

“Sementara itu, Sarawak merekodkan 15 kes baharu COVID-19 pada hari ini yang sekali gus menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 252,476 kes.

“Daripada kes baharu hari ini, 14 kes adalah kategori satu dan dua manakala satu kes bagi kategori tiga, empat dan lima,” katanya.

JPBNS berkata hanya enam daerah merekodkan kes harian baharu jangkitan COVID-19 dengan Samarahan yang tertinggi iaitu tujuh kes.

Manakala Lawas dan Kuching masing-masing (2 kes) sementara Kapit, Sibu dan Beluru (1 kes).

Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS berkata, polis Sarawak telah mengeluarkan enam notis kompaun kesemuanya di Kuching.

“Antara kesalahan berkenaan iaitu gagal mengimbas Kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis dengan tiga kompaun sementara tiga lagi dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

“Dengan jumlah itu, polis sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 12,842 secara keseluruhan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/08
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2022 07:03 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050215 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list