CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Perlis] Harap masjid Perlis dipenuhi jemaah, susulan kebenaran rapat saf solat

[Copy link]
Post time 8-1-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode
ARAU: Perlis mula mengimarahkan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini.

Tinjauan di Masjid Negeri di sini, mendapati walaupun kelonggaran diberikan untuk menunaikan solat secara saf dirapatkan, namun jemaah yang hadir untuk bersolat Zohor di situ masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Timbalan Pengerusi merangkap Imam II Masjid Negeri Arau, Zubair Abdullah, berharap susulan kelonggaran diberikan MAIPs dengan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, itu ia dapat memberi peluang masyarakat terutama sekitar Arau untuk hadir menunaikan bersolat jemaah di masjid berkenaan.

"Pelaksanaan solat jemaah dengan saf dirapatkan ini bermula sejak Subuh pagi ini dengan mengambil kira sejadah jemaah bersaiz 'standard' itu dirapatkan di ruang solat.

"Walaupun saf dirapatkan, jemaah tetap perlu mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid dan mengimbas suhu badan.

"Selain itu, mereka juga perlu melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas Kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan," katanya ketika ditemui selepas solat Zohor di Masjid Negeri, di sini hari ini.

Zubair berkata, sebelum pelaksanaan solat dengan saf dirapatkan ini, kehadiran adalah sekitar 200 hingga 250 orang.

"Namun, kita menjangkakan ia akan bertambah melebihi 300 jemaah terutama ketika solat Isyak.

"Alhamdulilah, perkembangan ini menjadikan Perlis sebagai negeri pertama di negara ini yang menjalankan solat dengan ketetapan baru ini," katanya.

Sementara itu, jemaah masjid yang ditemui melahirkan kesyukuran dengan kelonggaran solat jemaah seperti ini.

Seorang jemaah, Mahadzir Ahmad, 68, Taman Intan, Arau berkata, dengan ketetapan pelaksanaan solat seperti ini diharapkan akan menarik ramai lagi muslimin dan muslimat untuk terus mengimarahkan masjid.

"Apabila dikatakan saf dirapatkan, ia membawa maksud jemaah bersolat mengikut sejadah yang dirapatkan antara satu sama lain.

"Dengan cara ini, diharapkan akan ramai lagi dapat hadir ke masjid untuk terus mengimarahkan masjid dengan masih mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Rakannya, Mohamad A Rahman, 80, dari Jalan Raja di sini, menganggap bahawa perkembangan adalah sesuatu yang positif dalam memberi peluang kepada rakyat Perlis untuk terus melaksanakan ibadah solat di masjid.

"Apa pun SOP mesti terus dijaga agar penularan Covid-19 ini dapat dicegah.

"Malah, segala apa yang sudah ditetapkan oleh kerajaan juga perlu diteruskan sehingga keadaan pandemik ini dapat dikurangkan," katanya.


Sebahagian jemaah menunaikan solat Zohor berjemaah dengan saf rapat di Masjid Negeri Arau hari ini. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062914 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list