CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 0

[Sarawak] Macau Scam: Panik, takut punca tertipu

[Copy link]
Post time 8-1-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-1-2022 08:06 AM



PANIK, takut dan ingin segera menyelesaikan masalah berkaitan undangundang merupakan antara faktor utama masyarakat mudah terpedaya dengan Macau Scam.

Menurut Pensyarah Perubatan di Jabatan Perubatan Psikologi Unimas Dr Bernard Ting, walaupun jenayah tersebut sering dilaporkan secara aktif dalam media sosial, namun masih terdapat sejumlah besar yang tertipu.

“Mereka ini tertipu kerana ketakutan dan rasa ingin menyelesaikan isu undangundang dengan segera,” katanya ketika dihubungi untuk mengulas mengenai isu Macau Scam, semalam.

Beliau turut mengakui sebenarnya semua orang mudah terdedah kepada pelbagai jenis penipuan termasuk Macau Scam berikutan pelbagai faktor yang memungkinkan mereka tidak menyedari sedang diperdaya oleh permainan licik sindiket ini.

“Sindiket tersebut selalunya terdiri daripada kumpulan profesional yang kebanyakannya melakukan jenayah siber. “Pelaku biasanya menimbulkan ketakutan kepada mangsa dan mewujudkan keperluan mendesak untuk menyelesaikan isu yang biasanya berkaitan dengan undangundang.

“Contohnya, kad kredit atau pinjaman yang tidak dibayar yang akan menyebabkan mereka disenarai hitam, akaun bank dibekukan atau perlu menghadiri prosiding mahkamah,” ujarnya.

Jelasnya, sindiket terbabit juga sentiasa berusaha membuat penampilan sebagai pegawai yang mempunyai kuasa serta mampu menimbulkan rasa waswas, panik dan keinginan terhadap mangsa untuk membela diri atau mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Justeru itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk bertenang apabila menerima panggilan sedemikian kerana ia paling penting untuk mengelakkan berlaku rasa cemas.

“Selepas itu, berkomunikasi – tanya rakan-rakan atau ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.

“Selain itu, semak dengan pihak berkaitan. Jika ia berkaitan monetari, anda sentiasa boleh menunggu dan pergi ke saluran yang betul untuk mengesahkan kesahihan tuntutan.

“Sentiasa semak melalui laman web rasmi untuk menghubungi semula organisasi berkaitan untuk pengesahan,” tegasnya.

Menurutnya lagi, jangan sesekali mendedahkan sebarang maklumat peribadi atau nombor TAC pada telefon mahupun secara dalam talian jika tidak mengetahui sebarang transaksi yang berlaku.

Ketika negara dilanda musibah Covid-19, operasi penipuan sebegini tetap berlaku. Menurut laporan pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 4 Ogos 2020, jenayah e-dagang mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 2,500 kes dengan kerugian dicatatkan RM17 juta.



sarawakvoice.com/2022/01/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.070373 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list