CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penyelewengan punca minyak masak peket berkurang

[Copy link]
Post time 8-1-2022 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Penyelewengan minyak masak bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti antara punca masalah kekurangan minyak peket di negeri ini.Gambar hiasan. - Foto Bernama

BUTTERWORTH - Penyelewengan minyak masak bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti antara punca masalah kekurangan minyak peket di negeri ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, pihaknya memandang serius mengenai perkara berkenaan dan telah mengarahkan pegawai serta anggotanya melakukan risikan bagi menangani isu berkenaan.

Menurutnya, tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak terbabit termasuk syarikat pemborong berlesen yang terlibat dengan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi.

"Kita sedar tentang masalah itu (kekurangan bekalan minyak peket) dan telah mengenal pasti punca.

"Hasil maklumat dan risikan yang diterima, baru-baru ini kita telah menyerbu sebuah premis tidak berlesen yang menjalankan aktiviti pemindahan minyak bersubsidi dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan pihak yang terlibat," katanya ketika ditemui media ketika membuat tinjauan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pekarangan Masjud At-Taqwa Mak Mandin di sini pada Sabtu.


Mohd Ridzuan meninjau gerai jualan PJKM di Masjid At-Taqwa, Mak Mandin pada Sabtu.

Mohd Ridzuan berkata, daripada siasatan dilakukan mendapati modus operandi yang digunakan aktiviti penyelewengan ini dengan mengupah pihak ketiga bagi menguruskan pemindahan minyak.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang bersubsidi boleh mengemukakan aduan ke saluran aduan rasmi KPDNHEP.

Sementara itu, mengulas mengenai PJKM, Mohd Ridzuan berkata, penganjuran program itu telah dilaksanakan di semua 13 Parlimen negeri ini pada Disember tahun lalu dan akan diteruskan sehingga Mac depan.

Jelasnya, penganjuran PJKM akan diadakan dua kali sebulan secara bergilir di setiap Parlimen dengan memfokuskan lokaliti penduduk di kalangan B40 dan M40.

"Sambutan diterima sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dan ramai tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang dijual murah lima hingga 20 peratus di sini," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sak-peket-berkurang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.065713 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list