CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aktiviti masjid di Pulau Pinang masih ikut SOP Fasa 4 PPN

[Copy link]
Post time 8-1-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-1-2022 01:12 PM


Pulau Pinang masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk aktiviti masjid sehingga keputusan selanjutnya dibuat. Gambar kecil: Ahmad Zakiyuddin

GEORGETOWN - Pulau Pinang masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk aktiviti masjid sehingga keputusan selanjutnya dibuat.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, Pulau Pinang belum membuat keputusan untuk membenarkan jemaah solat di masjid di seluruh negeri merapatkan saf kerana masih dalam proses perbincangan dengan pihak terlibat.

"Pulau Pinang belum dapat buat keputusan sebab masih berbincang dengan pihak terlibat seperti Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa lagi.

"Ini berikutan tahap jangkitan dan kemunculan varian Omicron di Pulau Pinang masih mengancam keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Khamis, Perlis membenarkan jemaah solat di masjid di seluruh negeri merapatkan saf berkuat kuasa waktu Subuh pada Sabtu.

Kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa penularan Covid-19 di negeri ini.

Ahmad Zakiyuddin berkata, keputusan akan dibuat selepas trend kes melibatkan varian Omicron di Pulau Pinang menurun.

Terdapat kes positif Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di Pulau Pinang pada Disember tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum ini mengesahkan Pulau Pinang merekodkan dua kes varian Covid-19 Omicron yang mana, kedua-dua kes itu adalah jangkitan import dari luar negara.

Menurutnya, kedua-dua kes itu dijangkiti apabila dua pesakit berkenaan pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, semua aktiviti pengimarahan masjid adalah dibenarkan, namun tertakluk kepada SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini.

"Semua aktiviti pengimarahan di semua masjid, surau Jumaat, surau negeri mengikut keluasan ruang solat dan ruang yang bersesuaian," katanya.

Pada 26 November lalu, Pulau Pinang telah membenarkan semua aktiviti pengimarahan di masjid dan surau diadakan secara bersemuka.

Antara aktiviti pengimarahan yang dibenarkan merangkumi majlis rasmi dan aktiviti sosial seperti aktiviti ceramah agama, kelas pengajian, mesyuarat jawatankuasa, majlis akad nikah, jamuan makan dan program gotong.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ikut-SOP-Fasa-4-PPN
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056274 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list