CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2509|Reply: 4

Tips pelihara haiwan eksotik

[Copy link]
Post time 8-1-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 8-1-2022 10:46 AM


PERLU bersedia dari segi masa, tenaga dan wang


SEBELUM ini, haiwan eksotik seperti ular, gecko, mengkarung amat jarang sekali dijadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Kebiasaannya, untuk melihat dengan lebih dekat haiwan yang sukar ditemui adalah sama ada di zoo atau di kedai haiwan.

Bagaimanapun, kini ramai mula menunjukkan minat terhadap haiwan eksotik dengan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Keunikan haiwan ini menjadikannya sebagai pilihan biarpun kadang-kala perlu mengeluarkan belanja yang besar sama ada untuk memiliki dan penjagaannya.

Bagi sesetengah individu, memiliki haiwan ini memberi kepuasan kepada diri sendiri apabila memelihara haiwan yang unik berbanding haiwan lain.

Begitu juga dengan Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 24, yang mula meminati haiwan eksotik sejak enam tahun lalu.

Pada mulanya, dia mempunyai persepsi berbeza terhadap haiwan ini termasuk berbahaya dan sukar untuk menjaganya.

"Bagaimanapun selepas berpeluang menyentuh haiwan ini, baru saya sedar persepsi terhadapnya sebelum ini tidaklah seperti yang disangka.

"Sejak itu saya mula belajar mendalami mengenai haiwan ini dan menjadinya sebagai haiwan peliharaan di rumah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2022 10:45 AM | Show all posts
Edited by tari at 8-1-2022 10:38 AM


NUR NINA bersama ular peliharaannya

Menurutnya, antara cabaran yang perlu dihadapi ketika memelihara haiwan seperti ini adalah penerimaan masyarakat.

"Masih ada yang tidak boleh menerima haiwan ini sebagai haiwan peliharaan di rumah. Mereka berpandangan hanya kucing, anjing, hamster atau arnab paling sesuai.

"Selain itu, sehingga kini agak sukar untuk menemui veterinar yang berpengalaman untuk merawat haiwan eksotik. Apabila haiwan berdepan masalah kesihatan, kita terpaksa merujuk kepada veterinar di luar negara atau orang yang sudah lama memelihara haiwan ini," katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2022 10:45 AM | Show all posts
Edited by tari at 8-1-2022 10:44 AM

Nur Nina turut berkongsi beberapa panduan untuk memelihara haiwan eksotik di rumah:
1. Kenal pasti haiwan yang ingin dibela

Jika haiwan eksotik itu adalah ular, maka belajar dan buat kajian dahulu mengenai haiwan itu dan cara penjagaannya. Pemilik perlu tahu pemakanan dan sumber makanan haiwan itu, adakah mudah untuk dapatkan makanan? Adakah kita sanggup untuk beri makanan itu?



Kemudian ketahui sifat atau perangai haiwan eksotik itu. Kita perlu tahu dan terima bahawa haiwan eksotik tidak seperti kucing kerana kebanyakan haiwan eksotik tidak suka dibelai selain mudah stres apabila diganggu.


Tambahan pula tidak semua haiwan eksotik sesuai untuk pemula. Antara yang sesuai untuk pemula adalah gecko, mengkarung lidah biru (blue tongue skink) & ular jagung (corn snake).


2. Komitmen

Sebagai pemilik haiwan eksotik, kita perlu mempunyai masa yang mencukupi khas untuk haiwan itu supaya ia tidak terabai dari segi pemakanan, kesihatan dan kebersihan (haiwan atau sangkar).


Selain dari masa, kewangan juga penting supaya kita mampu untuk sediakan makanan yang cukup dan berkhasiat serta tempat tinggal yang selesa untuk haiwan eksotik itu.


3. Tempat tinggal haiwan

Anda perlu mengenal pasti haiwan yang mampu membesar dan habitat haiwan itu. Kita perlu sediakan tempat tinggal yang selesa dan cukup besar untuknya.


Suhu dan cara 'set-up' juga amat penting supaya haiwan itu tidak jatuh sakit atau stres. Perlu diingat sesetengah haiwan perlu tempat yang sejuk dan ada juga yang perlu hidup di tempat yang panas atau kering. Kebanyakan haiwan eksotik sangat sensitif dengan perubahan suhu dan cuaca.


4.Lesen

Selain itu, perkara yang amat penting adalah kita perlu tahu sama ada haiwan eksotik itu memerlukan lesen untuk membela atau sebaliknya mengikut Akta 719 Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.


Sebelum buat keputusan pelihara haiwan eksotik anda boleh rujuk di di laman web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.


5. Penerimaan keluarga dan rakan serumah

Adalah lebih baik sekiranya kita meminta pendapat keluarga (jika duduk bersama keluarga) atau rakan serumah mengenai hasrat untuk memelihara haiwan eksotik ini di rumah.



Perlu diingat bukan semua orang memiliki minat yang sama. Utamakan keselesaan mereka yang tinggal serumah dengan anda.






Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:32 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 02:27 PM | Show all posts
Assist with illuminating others, without talking a word!
The vast majority need to be dependable creature
watchmen and kind to creatures, however some may not
know how to do as such. Make an instructive presentation
for your colleagues, after-school bunch, or the public to show matters, for example, forestalling pets from getting lost; pet overpopulation and fixing/fixing; saving creatures from battles or then again exhibitions; purchasing mercilessness free items;
saving normal living spaces, and so on.

Green environment in Congo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.407533 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list