CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Pulau Pinang] Menara pemantau APM tumbang

[Copy link]
Post time 7-1-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Menara pemantau APM tumbang
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 07 Januari 2022


Menara pemantauan APM tumbang pada jam 3.40 pagi Jumaat.


GEORGE TOWN- Sebuah menara pemantau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang di Batu Ferringhi tumbang dalam kejadian pada jam 3.40 pagi, Jumaat.


Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, tiada kemalangan jiwa atau melibatkan mangsa dalam kejadian tersebut.


Menurut beliau, siasatan awal mendapati, menara yang terletak di belakang sebuah hotel empat bintang itu tumbang dipercayai akibat fenemona air pasang tinggi yang menghakis sebahagian Pantai Batu Ferringhi.


"Tiada kecederaan yang tidak diingini berlaku kerana sekeliling kawasan menara pemantau tersebut telah ditutup oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan APM.


"Kejadian hakisan mula berlaku pada 23 Disember 2021 dan bertembung dengan fenomena air pasang besar pada awal bulan ini telah mempercepatkan hakisan di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Difahamkan, kawasan sekitar menara pemantau tersebut ditutup untuk orang awam berikutan kejadian hakisan tanah dikesan berlaku di situ.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah berkata, menara pemantau tersebut akan dirobohkan secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


"Pejabat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Kadun) bersama MBPP; Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Jabatan Kerja Raya (JKR), pejabat daerah, APM dan tanah serta pihak hotel telah melawat lokasi kejadian.


"Tindakan merobohkan akan dilakukan secepat mungkin. Selain itu, pihak JPS akan membuat lawatan tapak untuk mengenal pasti cara pembaikan hakisan tersebut," katanya.


Tambah beliau, semua pengunjung Pantai Batu Ferringhi dinasihatkan supaya berhati-hati dan memberi kerjasama semasa kerja-kerja pembersihan menara tersebut dijalankan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... emantau-APM-tumbang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.322812 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list