CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1954|Reply: 4

'Bergomol' dengan rakun

[Copy link]
Post time 7-1-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 7-1-2022 11:53 AM



Peminat filem animasi dan adaptasi komik, Guardian of Galaxy pasti mengingati karakter Rocket iaitu seekor rakun yang 'genius' dan licik sehingga mampu mengetuai strategi taktikal menentang lawannya.

Sifat itu tidak jauh bezanya dengan keletah haiwan itu di dunia 'sebenar' apabila digambarkan sebagai haiwan yang nakal dan kerap menimbulkan masalah apabila berkongsi persekitaran dengan manusia serta haiwan lain.


Haiwan yang tergolong dalam keluarga mamalia 'procynodea' itu juga dikatakan mempunyai ciri-ciri hampir menyerupai spesies beruang kerana karakter haiwan ini agresif termasuk suka mencakar, berbulu dan 'bergomol.'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2022 11:58 AM | Show all posts

MUHAMMAD Halim menyimpan rakun peliharaan dalam sangkar.


Hal itu tidak menghalang pengumpul koleksi haiwan eksotik, Muhammad Halim Zainal Abidin, 41, untuk memiliki rakun sebagai haiwan peliharaan.

"Antara yang membuatkan saya tertarik untuk pelihara rakun kerana muka haiwan itu sendiri istimewa dan unik. Kalau dibandingkan dengan haiwan lain, rasanya spesies mamalia ini satu-satunya yang paling hampir sama dengan rupa 'Zorro.'

"Tompok hitam pada kedua-dua mata membuatkan haiwan ini seolah-olah mengenakan topeng pada matanya. Disebabkan rupa itu juga saya menggunakan wajah rakun sebagai logo 'petting zoo'," katanya.

Kata Muhammad Halim, haiwan itu yang juga mendapat jolokan 'the masked bandit' sebenarnya memiliki reputasi yang kurang baik kerana dilihat sebagai haiwan perosak.

MUKA rakun memiliki imej seperti ‘Zorro’.

"Jika di negara asalnya iaitu di Amerika Utara, ia antara haiwan yang ada konflik dengan manusia kerana sikapnya gemar menyelongkar dan gemar merosakkan ladang tanaman di sana.

"Ia dibunuh seperti mana haiwan perosak lain dan tidak dibela sebagai haiwan peliharaan. Namun tidak bermakna tiada yang menyimpan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan.

"Sisi manja haiwan ini ialah suka bermain dan bergurau. Cuma pemiliknya kena tahu tangani dan latih supaya rakun dipelihara tahu untuk simpan kuku dan taring.

"Ia juga menyamai pengalaman memelihara kucing. Kucing ketika bermain biasanya akan 'menyimpan kuku' dan 'menggigit manja' begitu juga dengan rakun.

"Cuma lebih lasak dan agresif berbanding kucing. Ketika sesi 'bonding' kena ajar aspek penting iaitu tidak mencederakan pemilik atau ahli keluarga ketika main dengannya," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2022 12:00 PM | Show all posts

RAKUN turut manja dengan ahli keluarga lain termasuk isteri Muhammad Halim, Azlina Abd Manaf.



Dia turut memaklumkan rakun jantan yang berusia 10 bulan dinamakan Rocky itu sangat rapat dan manja dengan anak perempuannya.

"Saya bela rakun ini sejak usia empat bulan ketika masih usia anak lagi. Sekarang usia rakun saya menginjak 10 bulan dan tempoh ini adalah kemuncaknya kerana remaja dan suka bermain.

"Dengan anak perempuan saya, rakun ini 'bergusti' sampai habis calar balar satu badan. Saya sudah jinakkan dan latih rutin yang mudah termasuk latihan ke tandas.

"Seperti juga kucing, rakun peliharaan diajar kencing dan berak dalam bekas buangan najis yang mengandungi serbuk kayu," katanya.

Untuk memastikan rakun tenang dalam sangkar, kongsi Muhammad Halim, dia menggunakan bantal sebagai alat permainan.

"Satu sifat rakun ini ialah gemar 'menguli', gomol dan gigit. Jadi, kena ada barang permainan seperti patung atau bantal untuk haiwan ini lakukan aktiviti itu. Memang ralit kalau tengok perangai Rocky ketika menggomol sambil menggigit dan mencakar bantal," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2022 12:01 PM | Show all posts

DIET rakun dipelihara Muhammad Halim termasuk palet kucing.



Tambah Muhammad Halim, dia mengenali haiwan ini bermula dengan zoo, kemudian buat kajian mengenai haiwan itu mengenai sifat, habitat semula jadi dan diet sebelum mencari jalan untuk memilikinya

"Pemilik haiwan perlu tahu cara menjaga haiwan itu terlebih dahulu apatah lagi kos untuk memiliki rakun itu sendiri menelan belanja tinggi.

"Jika tidak mampu urus dengan baik, haiwan berkenaan berisiko untuk sakit dan mati. Itu satu kerugian dan bukan perkara baik dilakukan pencinta atau pemilik haiwan," katanya.

Sebagai pencinta haiwan, kata Muhammad Halim, dia banyak belajar untuk mengendali haiwan itu menerusi sumber maklumat dari luar negara dan komuniti haiwan berkenaan.

"Bagi rakun, memang pemiliknya kena banyak bersabar dengan ragamnya. Terutama rakun saya ini masih dalam peringkat usia muda.

"Memang sangat agresif dan sangat aktif terutama sebelah malam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2022 12:03 PM | Show all posts

RAKUN adalah antara keluarga terdekat spesies beruang.



"Dilihat dari sudut pandangan lain iaitu rakun memiliki naluri sangat sensitif dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran. Malah, ia antara haiwan terbaik dipelihara untuk menjaga rumah," katanya.

Selain itu, cabaran untuk pelihara rakun adalah dari segi penyakit kerana ia bukan haiwan peliharaan domestik dan tidak semua klinik veterinar memiliki kepakaran dalam merawatnya.

"Soal diet atau penjagaan biasa pula, rakun adalah haiwan yang mudah. Cuma perlu pastikan ahli keluarga juga menerima kehadiran haiwan berkenaan.

"Maklumlah rakun ini ada sifat pembuli dan gemar mengusik apatah lagi kalau ia menyedari ada yang takut padanya. Di ruang yang sama saya turut pelihara kucing.

"Tabiatnya tidak ubah seperti 'abang kawasan' dan akan kejar dan mengganggu kucing. Kalau orang pula dia akan usik dan gapai apa sahaja termasuk kaki dan sebagainya.

"Cabaran pada saya bela haiwan eksotik terutama dari luar negara ialah apabila ia mendapat penyakit. Saya terpaksa turun ke Kuala Lumpur dari Slim River, Perak untuk bawa rakun peliharaan mendapatkan rawatan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074553 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list