CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 707|Reply: 1

Budak Lelaki Minta Sedekah Ala Samseng Jadi Buruan Polis

  [Copy link]
Post time 6-1-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Polis sedang mengesan kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing yang tular meminta sedekah ala-ala samseng di sekitar ibu negara.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, beberapa tindakan di bawah peruntukan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu terlibat dalam kegiatan tersebut.




Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing yang tular meminta sedekah ala-ala samseng di sekitar ibu negara.





Menurutnya, Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan sesiapa yang menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak jagaannya berada di premis atau jalanan untuk mengemis boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda mencecah RM20,000.


"Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan (bahaya atau galangan di jalan awam atau haluan pelayaran awam) hendaklah didenda yang boleh sampai RM400.


"Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 menyatakan sesiapa yang meminta sedekah di tempat awam dan mempunyai atau boleh mencari pekerjaan yang sah untuk hidup adalah dianggap pemalas boleh didenda tidak melebihi RM100, penjara sebulan atau kedua-dua sekali," katanya dalam kenyataan pada Khamis.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 11:18 PM | Show all posts
aik? bukan tadi baca dah kena angkut ke?
ke tu orang lain??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.393420 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list