CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

Harimau, orang utan diberi dos kedua vaksin Covid-19

[Copy link]
Post time 6-1-2022 09:08 AM | Show all posts |Read mode

SANDAI turut menerima vaksin Covid-19. FOTO AFP



Santiago: Harimau Bengal, Charly dan orang utan Borneo, Sandai, kedua-duanya spesies haiwan terancam selamat menerima vaksin Covid-19 di Zoo Chile.

Charly, Sandai dan lapan haiwan lain di Zoo Buin terletak di Santiago juga dipilih untuk eksperimen vaksin kerana tergolong dalam spesies yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Covid-19 sudah membunuh lebih 5.4 juta manusia, setakat ini juga virus itu turut menjangkiti haiwan di zoo seperti monyet, beruk, kucing hutan serta rusa.
















Selain Charly yang berusia tiga tahun dan Sandai, 26; tiga singa, dua harimau dan tiga puma menerima dos kedua vaksin Covid-19 pada Isnin lalu.

Vaksin eksperimen yang dibangunkan khas untuk haiwan itu bagaimanapun belum tersedia untuk dijual.



Haiwan itu menerima suntikan pertama pada 13 Disember lalu.

"Objektifnya untuk melindungi haiwan yang paling mudah dijangkiti koronavirus sambil menguji sama ada vaksin menjana imuniti dan, jika ya, berapa lama ia bertahan," kata Ketua Jabatan Veterinar Zoo Buin, Sebastian Celis.

Singa di Singapura, Zagreb dan Washington; badak di Belgium, harimau Sumatera di Indonesia dan gorila di Atlanta, Georgia, antara haiwan di zoo yang dilaporkan dijangkiti virus itu, sehingga kini.

Zoo Buin belum melakukan ujian Covid-19 terhadap mana-mana haiwannya kerana tidak ada yang menunjukkan gejala.

Beberapa zoo di Amerika Syarikat mengumumkan kempen vaksinasi untuk populasi haiwan mereka.

Dalam pada itu, hampir 90 peratus daripada populasi manusia di Chile, berusia lebih tiga tahun, diberi vaksin sepenuhnya setakat ini, dan 62 peratus sudah menerima suntikan penggalak.

Ia adalah satu-satunya negara di Amerika Selatan yang memulakan vaksinasi terhadap haiwan di zoo.

Disiarkan pada: Januari 6, 2022 @ 6:30am




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085303 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list