CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 128|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sesi persekolahan kembali dibuka, pengusaha bas sekolah lega

[Copy link]
Post time 5-1-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Beng Teong melakukan sanitasi pada van sekolahnya sebagai persiapan menjelang pembukaan sekolah, 10 Januari depan. FOTO BERNAMA

Georgetown: Pengusaha bas sekolah di negeri ini menghela nafas lega apabila sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi negeri-negeri Kumpulan B termasuk Pulau Pinang, akan bermula 10 Januari ini.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Pulau Pinang Ang Beng Teong, 68, berkata, daripada segi persiapan, pihaknya melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan.

Pihaknya turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga kesihatan diri dan anak-anak supaya sebarang bentuk penularan Covid-19 dapat dikekang sepenuhnya dalam kalangan murid serta pelajar.

"Kita akan pastikan setiap yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah sihat serta mengimbas suhu dan menggunakan pencuci tangan sebelum menaiki bas.

"Malah, kita juga akan melakukan kerja sanitasi sebelum memulakan perkhidmatan pada sebelah pagi, tengah hari dan malam, demi memastikan keadaan bas sentiasa bersih dan keselamatan penumpang terjamin," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Langkah kawalan dan pencegahan, katanya, perlu dimulakan dari rumah kerana ia mampu membendung sebarang bentuk penularan wabak dalam kalangan penumpang bas sekolah serta dirinya sebagai pemandu.

"Kalau semua jaga SOP, penyakit dapat dielakkan. Kerajaan juga perlu laksanakan tindakan lebih ketat dalam memastikan SOP kekal dipatuhi," katanya.

Sementara itu, Ang berkata, kira-kira 30 daripada 200 ahli persatuan itu gulung tikar tahun lalu berikutan Covid-19 dan beralih kepada pekerjaan lain demi meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, arahan penutupan sesi persekolahan yang tidak berkala apabila kes meningkat dan penemuan varian baharu Omicron, turut menimbulkan keresahan pengusaha bas dan ibu bapa, khususnya berkaitan pembayaran yuran perkhidmatan bas sekolah.

Menurut Ang, pihaknya memahami situasi kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik dan menerima separuh daripada jumlah bayaran yuran bulanan, iaitu sekitar RM100 hingga RM200, bergantung pada jarak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079262 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list