CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 0

Isteri Keluar Rumah Selepas Bergaduh, Doktor Cuba Bunuh Diri Guna Jarum Suntikan

[Copy link]
Post time 4-1-2022 06:54 PM | Show all posts |Read mode
DENPASAR: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas didakwa cuba membunuh diri menggunakan jarum suntikan.


Menurut polis, lelaki yang merupakan seorang doktor di sebuah hospital di Denpasar itu cuba membunuh diri selepas bertengkar dengan isterinya.


Jurucakap polis Denpasar Timur, Erick Wijaya Siagian berkata, doktor itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya.




Foto: Agensi




“Polis menemukan dua jarum suntikan di lokasi kejadian dan dipercayai digunakan mangsa untuk melukakan dirinya.


“Sebelum itu, doktor tersebut didakwa bertengkar dengan isterinya sehingga wanita itu melarikan diri dari rumah dan membawa anak mereka,” katanya.


Jelas Erick, tidak lama selepas isterinya keluar dari rumah, wanita itu menerima mesej Whatsapp yang menunjukkan keadaan suaminya berlumuran darah.


Namun, isterinya tidak menghiraukan perkara tersebut kerana beranggapan lelaki berkenaan hanya ingin mendapatkan perhatian.


Keadaan doktor tersebut hanya disedari jiran yang datang ke rumahnya dan laporan polis dibuat serta ambulans dipanggil untuk membawanya ke hospital. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.340763 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list