CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Kedah] `Lautan' kampung, sawah

[Copy link]
Post time 3-1-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Sawah padi di Kampung Beringin ditenggelami air. - Foto NSTP/NAZRI ABU BAKAR

ALOR GAJAH: Rumah dan sawah penduduk di Kampung Beringin, di sini, menjadi seperti laut akibat ditenggelami air banjir.

Warga emas, Ab Malik Wan, 75, berkata bajir yang berlaku susulan hujan lebat sejak dua hari lalu menenggelamkan lebih 10 rumah di kampung itu, selain sawah padi milik penduduk.

Beliau berkata, ada rumah yang dinaiki air hingga paras dada menyebabkan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana.

"Ini kejadian kali kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan. Ini adalah gelombang kedua. Rumah tiga anak saya juga dinaiki air.

"Kami reda dengan kejadian ini. Banyak barang rosak, termasuk perabot dan peralatan elektrik, namun semuanya perlu dilalui dengan tenang kerana setiap kejadian ada rahmat, termasuk pengajaran kepada mereka yang tidak ditimpa bencana," katanya.

Selain Kampung Beringin, banjir juga berlaku di Kampung Pulau, Belimbing Dalam dan Panchor.

Mohd Khairul Nizam Md Sahat, 18, berkata banjir kali ini lebih buruk berbanding gelombang pertama, terutama sawah padi yang dinaiki air hingga paras leher susulan air sungai Kampung Beringin yang naik mendadak dua hari lalu.

Samsudin Mamat, 77, berkata sawah penduduk menjadi seperti laut dan kejadian kali ini lebih teruk daripada kejadian 1971.

Katanya, kejadian pada 1971 memusnahkan sawahnya selain menyebabkan jambatan Kampung Beringin yang dalam pembinaan ketika itu roboh dibawa arus banjir.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata antara kampung yang dinaiki air di daerah Alor Gajah adalah Kampung Pulau, Kampung Panchor dan Kampung Belimbing.

Selain itu, Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa, dan Taman Angkasa Nuri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.264883 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list