CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2048|Reply: 2

Beli ikan koi RM300,000

[Copy link]
Post time 3-1-2022 09:32 AM | Show all posts |Read mode

IKAN koi Sakai Kohaku berharga RM300,000 yang dibeli Usop Cerek. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin



Chukai: Kerana terlalu kemaruk memiliki ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun, seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) sanggup menghabiskan wang hasil jualan tanah untuk membeli ikan koi yang berharga RM300,000 seekor.

Ikan koi jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun itu antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi pelbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa.

Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.

USOP Cerek menunjukkan ikan koi yang diternak. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin
"Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.

"Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi lain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.

"Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya lagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2022 09:34 AM | Show all posts

HARGA ikan koi Sakai Kohaku mampu mencecah RM600,000 seekor. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin



Tambahnya, dia sengaja tidak membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia kerana ingin menyertai pelbagai pertandingan ikan koi yang dianjurkan di Jepun.

"Jika saya membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaranya.

"Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibela di Jepun dan peluang untuk menjualnya semula adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana," katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2022 09:37 AM | Show all posts

HARGA ikan koi yang diternak di kolam di rumah Usop Cerek berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin



Di samping itu, menurut Usop Cerek, dia memiliki kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis di kolam rumahnya termasuk, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai lebih RM500,000.

"Harga ikan koi yang diternak di kolam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Disiarkan pada: Januari 3, 2022 @ 7:30am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.432754 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list