Edited by Vellfire at 2-1-2022 01:54 PM
CACHAR: Beberapa keping foto anak kambing yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan bayi manusia kini tular di India.
Anak kambing luar biasa itu dilahir di daerah Cachar, Assam, dan insiden tersebut dikongsi di Twitter oleh The Intrepid Journalism.
Kambing tersebut milik lelaki bernama Shankar Das dan lebih mengejutkan beberapa bahagian badan bersama dahi, mata dan mulutnya menyerupai manusia dan ia juga tidak mempunyai ekor.
Menurut Times of India, anak kambing itu bagaimanapun meninggal dunia beberapa saat selepas dilahirkan dan dikebumikan pada hari yang sama.
Kisah kelahirannya menyebabkan orang ramai mendatangi rumah Shankar melihatnya secara lebih dekat.
sarawakvoice.com/2022/01/02
|