CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Kedah] Mengaku sudah berkahwin elak dicekup khalwat

[Copy link]
Post time 2-1-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI penguat kuasa JAIK melakukan pemeriksaan di sebuah bilik di hotel bajet sempena Tahun Baharu.FOTO Ihsan JAIK

Alor Setar: Sanggup mengaku sudah berkahwin, namun itu hanyalah helah untuk mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana berkhalwat.

Bagaimanapun, sepasang kekasih itu akhirnya dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Jalan Tandop, di sini, malam tadi dalam operasi sempena malam Tahun Baharu.

Dalam operasi bermula 12 tengah malam hingga awal pagi hari ini, pasangan kekasih itu yang juga penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) antara empat pasangan dicekup berkhalwat dalam pemeriksaan di lima hotel di sekitar bandar raya ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berusia 20-an itu sanggup menunggang motosikal dari Sungai Petani untuk menyewa hotel bajet itu sempena menyambut Tahun Baharu.

Beliau berkata, pada mulanya mereka mengaku sudah berkahwin, namun hasil siasatan lanjut mendapati mereka belum berkahwin.

"Alasan diberikan untuk mengelak dicekup berkhalwat, namun selepas siasatan lanjut, mereka mengaku masih bujang.

"Kebanyakan pasangan dicekup berkhalwat malam tadi memberi alasan mereka hanya mahu menyambut sambutan tahun baharu bersama pasangan masing-masing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Radzi berkata, beliau mengetuai operasi itu bersama 15 pegawai JAIK dalam usaha mengekang kegiatan maksiat di negeri ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, ada wanita menyembunyikan diri dalam bilik air untuk mengelak dicekup pihak berkuasa.

"Kebanyakan dicekup adalah mereka yang berusia sekitar 20-an dan memberikan pelbagai alasan.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.250956 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list