CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Borneo] [Luar Negara] Dos Sinovac & Dos Penggalak Pfizer Kurang Berkesan Melawan Omicron

[Copy link]
Post time 1-1-2022 11:04 PM | Show all posts |Read mode


NEW YORK: Suntikan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.

Kajian itu dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain.

Menurut kajian itu lagi, suntikan dua dos Sinovac disusuli suntikan dos penggalak Pfizer-BioNTech hanya menghasilkan antibodi serupa dengan dua dos vaksin jenis Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA.

Tahap antibodi terhadap Omicron adalah 6.3 kali lebih rendah jika dibandingkan dengan varian asal dan 2.7 kali lebih rendah jika dibandingkan dengan Delta.

Seorang daripada penyelidik, Akiko Iwasaki, menerusi ciapan di Twitter berkata, penerima vaksin CoronaVac itu mungkin memerlukan dua lagi suntikan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan melawan Omicron.

Berdasarkan kajian terhadap analisis ke atas sampel daripada 101 peserta di Republik Dominican, vaksin dua dos Sinovac itu tidak menunjukkan sebarang peneutralan yang dapat dikesan terhadap Omicron.

Kajian dari Hong Kong minggu lalu menyatakan tiga dos vaksin Sinovac tidak menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan Omicron dan memerlukan dos penggalak Pfizer-BioNTech bagi mencapai tahap perlindungan diperlukan.

Sinovac CoronaVac dan Sinopharm BBIBP-CorV menjadi vaksin utama digunakan di China selain dieksport keluar oleh negara berkenaan.
Hong Kong pula setakat ini menggunakan vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech. – Agensi


sabahpost.net/2022/01/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.083320 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list