View: 813|Reply: 1
|
Khairul Hafiz enggan beri alasan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m), Khairul Hafiz Jantan menegaskan dia tidak mahu menggunakan alasan kecederaan yang menyebabkan prestasinya merudum.
Jiwa dan semangatnya masih membara dan menegaskan bahawa sasaran utamanya tahun ini adalah melayakkan diri ke temasya Sukan Sea Vietnam Mei ini.
Khairul yang dikenali dengan julukan The Speedy Jantan berkata, dia akan menggunakan segala pendekatan yang ada bagi memastikan tahap kecergasannya pulih seperti biasa termasuklah rawatan Islam.
Semalam, jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim menegaskan bahawa beliau terpaksa membawa Khairul mendapatkan rawatan Islam selepas kecederaan yang dialaminya masih tidak sembuh dan sentiasa berulang setiap kali mahu menyertai pertandingan.
Pada mulanya pemenang pingat emas Sukan Sea 2017 itu menolak namun akhirnya bersetuju selepas menilai dari segala aspek.
"Saya akan berusaha apa saja kerana saya masih mahu mewakili negara. Saya sudah menerima rawatan dari ISN (Institut Sukan Negara) tapi masih tak sembuh jadi saya rasa tiada masalah untuk mencuba rawatan Islam.
"Tapi saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan mengatakan apa-apa kerana tidak mahu ia dijadikan satu alasan," katanya yang sudah beberapa kali menerima rawatan berkenaan.
Ditanya apa yang mendorongnya untuk menerima rawatan Islam, Khairul berkata, dia merasa pelik apabila sering kali dihantui kecederaan berulang apabila mahu menyertai pertandingan.
Atas sebab itu mendorongnya untuk mendapatkan rawatan alternatif demi masa depannya.
"Bagi saya tak ada salah mencuba. Saya berusaha apa yang boleh kerana saya memang ingin berlari lagi. Jika boleh saya mahu terus mencipta rekod untuk negara," katanya.
Kehadiran Khairul mencipta fenomena dalam sukan olahraga negara apabila atlet itu berjaya memecahkan rekod 18 tahun milik Watson Nyambek di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak selain menamatkan penantian 14 tahun pingat emas negara di temasya Sukan Sea dalam acara 100 meter.
Namun prestasinya mula merudum dari tahun ke setahun selepas mengalami kecederaan hamstring selepas merangkul emas di Sukan Sea 2017.
Malah Khairul turut gagal melayakkan diri ke temasya Sukan Sea Filipina pada 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -enggan-beri-alasan
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. FOTO File NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|