CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 1

[Kedah] 'Tiba-tiba teringat anak konon...'

[Copy link]
Post time 1-1-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Drama air mata seorang wanita warga Indonesia gagal 'mencairkan' hati sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah ketika dia ditahan dalam operasi di Jalan Kilang Tebu, di sini, tengah malam tadi.

Dalam operasi selama tiga jam bermula 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 49 tahun terbabit cuba meraih simpati apabila menangis teresak-esak sambil merayu dengan harapan tidak ditahan.

Wanita itu mendakwa menangis kerana terkejut melihat ramai orang di rumah ketika serbuan selain memberitahu dia secara tiba-tiba teringatkan anaknya yang berada di Acheh.

Bagaimanapun, alasan serta lakonannya itu tidak menjadi apabila dia yang didapati tidak mempunyai dokumen sah ditahan anggota JIM.

Wanita terbabit yang tinggal di negara ini sejak 2013 dan bekerja di kedai makan itu antara 13 individu ditahan JIM dalam Op Sapu sekitar Kota Setar dan Kubang Pasu.

Terdahulu, operasi diketuai Timbalan Pengarah JIM negeri (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid itu dilakukan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Lebuhraya Bukit Kayu Hitam.

Ada antara penghuni di ladang terbabit dikesan menjadikan rumah usang dan paling hujung sekali untuk menetap di situ dengan menyangka ia lokasi agak terlindung serta tidak mudah diketahui pihak berkuasa.

Dalam operasi di beberapa rumah di ladang sawit itu, lapan warga Indonesia terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita ditahan.

Serbuan kemudian diteruskan di sebuah rumah di Kampung Padang Korok, Jitra dan dua lelaki Thailand ditahan.

Operasi seterusnya di dua rumah di Jalan Kilang Tebu berjaya menahan dua wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh.

Rosmaliza berkata, semua warga asing itu didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan sah, menetap lebih masa dan melanggar syarat pas diberikan.

"Semua yang ditahan berusia 20 hingga 49 tahun dibawa ke Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Imigresen Alor Setar untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2022 02:18 PM | Show all posts
kwn tu dh dok sini dari 2013...punyalah malas nk apply permit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.198514 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list