CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 1

[Perlis] Nelayan Kedah ditahan, tangkap siput retak seribu di perairan Perlis

[Copy link]
Post time 30-12-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode

SIPUT retak seribu yang dirampas APMM daripada nelayan Kedah yang menjalankan aktiviti penangkapan secara tidak sah. FOTO ihsan APMM

Kangar: Meskipun sudah berulang kali tangkapan serta amaran dilaksanakan, nelayan Kedah tetap berdegil dan terus menceroboh perairan Perlis bagi menjalankan aktiviti penangkapan siput retak seribu secara tidak sah.

Kedegilan itu bagaimanapun membawa padah selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga nelayan kerana disyaki menjalankan aktiviti perikanan menggunakan peralatan dilarang di Kuala Perlis, hari ini.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, kejadian berlaku jam 12.50 tengah malam di kedudukan 3.24 batu nautika barat Kuala Perlis.

"Dalam kejadian berkenaan, kita mengesan sebuah bot yang berpangkalan di Kuala Kedah sedang menangguk siput retak seribu dalam keadaan gelap di perairan Perlis.

"Ketika ditahan bot berkenaan dikendalikan tiga kru termasuk tekong yang berusia lingkungan 16 hingga 45 tahun.

"Kesemua suspek ditahan semasa sedang leka melakukan aktiviti penangkapan siput retak seribu di perairan kita," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati nelayan berkenaan menggunakan peralatan sangkar besi berupa tangguk siput.

"Kita merampas peralatan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM2,000 serta hasil laut jenis siput retak seribu seberat 300 kilogram bernilai RM600 dengan nilai keseluruhan rampasan sekitar RM2600.

"Kesemua nelayan berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (3)(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengendalikan atau membenar dikendalikan, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut tanpa suatu lesen berkenaan dengannya," katanya.

Mohd Shafie berkata, suspek bersama rampasan bot dan hasil tangkapan siput retak seribu itu dibawa ke jeti APMM Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Sudah berulang kali kita nyatakan bahawa aktiviti penangkapan siput di perairan Kuala Perlis adalah satu kesalahan kerana Jabatan Perikanan Negeri Perlis tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi aktiviti itu.

"Malah, lesen atau permit untuk aktiviti berkenaan hanya dikeluarkan di Kedah dan hanya dibenarkan untuk dijalankan di perairan negeri itu saja dan bukannya di perairan Perlis," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kegiatan berkenaan kerana ia boleh menyebabkan ekosistem marin terjejas dalam jangka masa panjang, mengancam pembiakan, memusnahkan benih ikan di dasar laut serta turut menjejaskan sumber pendapatan nelayan pesisir pantai terutama di Perlis.

"Rententan aktiviti haram ini, nelayan pesisir pantai terpaksa menanggung kerugian apabila pukat mereka rosak dan koyak kerana tersangkut dengan kulit siput yang mati serta tahap kesedaran yang rendah sesetengah komuniti nelayan di negara ini yang ingin mengaut keuntungan segera menyebabkan aktiviti ini masih terus berlaku.

"APMM memandang serius aktiviti penangkapan hasil laut secara salah dan dilarang ini dan walaupun banyak tangkapan dilakukan sebelum ini namun aktiviti ini dilihat terus aktif dilakukan," katanya.

Pihaknya menggesa agar sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut disalurkan dengan menghubungi APMM di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 10:02 PM | Show all posts
nk kesian pun ada...nk marah pun ada....hmmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074138 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list