CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23887|Reply: 102

[Jenayah] Bekas finalis MasterChef Malaysia, suami didakwa bunuh

  [Copy link]
Post time 30-12-2021 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Bekas finalis MasterChef Malaysia, suami didakwa bunuh
Disember 29, 2021 @ 3:23pm

Kota Kinabalu: Suami isteri dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di kondominium, di sini, antara 10 Disember hingga 13 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohammad Ambree Yunos, 40, dan isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang, 33, berdepan pertuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun itu bagaimanapun tidak mengambil sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari depan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di kondominium di Jalan Lintas Lido, di sini, antara 10 hingga 13 Disember lalu.

Tertuduh, Mohammad Ambree adalah seorang kontraktor, manakala isterinya, Etiqah yang juga bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 adalah seorang jurutera.

Mohammad Ambree diwakili peguam Ram Singh dan Kimberly Yee manakala Etiqah pula diwakili peguam Datuk Seri Rakbir Singh.

Pendakwaan kes pula dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwaraya, Ali Imran.

Sementara itu, pasangan berkenaan turut diperintah menjalani tahanan reman lanjut sehingga kes mereka selesai.

Berdasarkan laporan sebelum ini, pasangan berkenaan ditahan pada 14 Disember lalu, iaitu sehari selepas mereka membuat laporan polis mendakwa menemui pembantu rumah mereka di atas lantai di kondominium mereka selepas balik daripada bercuti di Kundasang, Ranau.

Mereka kemudian dibebaskan atas jaminan polis pada 21 Disember lalu.

Kehadiran mereka di mahkamah hari ini ditemani ahli keluarga dan tiga anak kecil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 30-12-2021 12:35 PM
Dia ni kan yg masak asam pedas brp kali tah. Ingat sbb dia lawa pastu tak silap dulu keje dgn petron ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2021 08:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2021 08:44 AM | Show all posts
Man claims trial to abusing wife
Published on: Saturday, August 28, 2021

KOTA KINABALU: A man claimed trial in the Magistrate’s Court here Friday to threatening his wife, last year.

Md Ambree Yunus pleaded not guilty before Magistrate Lovely Natasha Charles to committing the offence at 2pm on April 26, 2020 in a house at Taman Sri Juta, Jalan Kepayan, here.

The charge under Section 506 of the Penal Code carries a jail term of up to two years or fine, or both, on conviction.

The prosecution earlier informed the court that the accused was previously given a discharge not amounting to acquittal (DNAA) by the court after his wife, who was the complainant, had on Feb 22, this year informed the court that she withdrew the case.

The accused was recharged with a similar charge as an instruction from the Deputy Public Prosecutor’s (DPP) office to proceed with the case, said the prosecution.

The wife, who was present in court, confirmed to the court of lodging a police report to retract her previous police report against the accused and had handed over the report to police personnel on duty at that time.

Inspector Lim Swee Beng, prosecuting, applied for a pre-trial case management date and proposed bail at RM4,000 in two sureties.

Magistrate Lovely fixed Sept 29 for mention pending instruction from the DPP’s office and released the accused on a bail of RM1,000 undeposited in one surety.

In another similar case, a 40-year-old driver was charged with threatening to beat his 80-year-old father.

M. Rizal Nasir was accused of committing the offence to one Nasir Misrah at 6.10pm on Aug 23, this year in a unit at Jesselton Residence, here.

However, no plea was recorded from Rizal, who appeared before Magistrate Stephanie Sherron Abbie, via video conferencing.

Inspector Suzie @ Stephanie Kupit, prosecuting, in applying for a mention date, proposed bail at RM6,000 in two sureties.

Rizal, who was not represented, requested a lower bail amount.

Stephanie set Sept 3 for Rizal’s plea to be taken in open court and offered him bail at RM1,000 in two sureties.

Meanwhile, seven people were penalised for taking syabu and amphetamine.

Joy Joseph, Niena Sazrina, Miasin Plasin, Benediktus Beda, Halzairi Kasim, Chua Chee Ling and Nazrul Jemin pleaded guilty separately before Magistrate Lovely to committing the offence.

Halzairi was ordered to pay a fine of RM3,000 or five months’ jail, Niena, Miasin, Chua and Nazrul were fined RM2,000 each or five months’ jail, while Benediktus was fined RM2,800 or eight months’ jail.

Joy was handed four months’ jail.

They were each charged under Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act (DDA) 1952, which provides for a fine of up to RM5,000 or up to two years’ jail, on conviction.

Another man, Aiman Aziz, was sentenced to seven months’ jail for having 0.15gm syabu at Tanjung Aru on March 25 this year.

He was accused under Section 12(2) of the same Act 1952 which provides for a fine of up to RM100,000 or up to five years jail, or both, on conviction.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2021 08:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aysia19 at 1-1-2022 12:09 PM

dah macam crime investigation tamil...laki bini lain2 statement. pusing punya pusing tunggu inspektor sahab siasat naa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2021 11:15 AM | Show all posts
itu je ke beritanya ? nak tahu gak sbb apa diorg jd suspek kalau diorg baru balik dari bercuti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tt tajuk tergantung

btw, knp depa lakibini kene dakwa dah baru blk dr kundasang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerkaypoh at 30-12-2021 11:25 AM



Ini kamu yach Friska @ Siskaeee????

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 11:24 AM | Show all posts
Edited by Friska at 30-12-2021 11:46 AM



Pasangan suami isteri ‘Keluarga VVIP Sabah’ dera pembantu rumah sehingga mati dibebas reman
12:12 Dec 28, 2021  |  By SabahKini2

Pembantu rumah berusia 28 tahun berketurunan bugis mati selepas didera teruk oleh pasangan suami isteri 'Keluarga VVIP Sabah'. Sehingga kini kes itu belum didakwa oleh Pejabat Peguam Negara (Sabah) kerana 'kabel' besarnya walau kes itu seksyen 302

Pasangan suami isteri keluarga kepada VVIP di Sabah ditahan kerana didakwa membunuh pembantu rumah berusia 28 tahun berketurunan bugis selepas didera teruk di rumahnya di tingkat 3 Amber Tower Lido Avenue Penampang.

Pembantu rumah dikenali Nur Sharifah dalam satu laporan kes pada 13 disember baru-baru ditemui mati di dalam bilik air majikannya atas alasan punca kematian pembantu rumahnya tidak diketahui.

Salinan laporan polis yang diperolehi Sabahkini2 menunjukkan pasangan suami isteri memberikan alasan kononnya beliau dan keluarga telah keluar bercuti sebelum pulang dan mendapati pembantu rumahnya meninggal dunia di dalam bilik air di rumah pengadu.

Laporan polis oleh suami isteri mendatangkan kecurigaan kerana siasatan lanjut menunjukkan mangsa penderaan itu ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan tidak berbaju.



Penelitian awal terdapat kesan lebam di kepala mangsa, kesan luka di belakang kepala, bahu sebelah kanan badan, lebam pada mata sebelah kanan dan pergelangan tangan mangsa.

Malah lebih mengejutkan keseluruhan badan mangsa turut melecur disyaki terkena air panas.


Suspek akhirnya mengakui bahawa dia dan isterinya telah mendera si mati semenjak ogos 2021 lagi. Menurut sumber itu lagi, pihak polis dan pihak berkuasa yang lain telahpun selesai menjalankan siasatan dan  mahu pendakwaan dibuat di bawah seksyen 302, Kanun keseksaan kerana membunuh

Bagaimanapun pasangan suami isteri saudara VVIP berketurunan suluk dikenali sebagai Mohammad Ambree dan isterinya Etiqah Siti Noorashikin dilaporkan hanya direman  7 hari (tambahan sehari) kerana terdapat tangan-tangan ghaib yang cuba menutup kes itu dari pendakwaan ke mahkamah.

Bebas reman dan jaminan polis

Persoalan besar bagaimana kes membunuh seksyen 302, Kanun keseksaan yang boleh dihukum gantung mati jika sabit kesalahan hanya reman 8 hari dan boleh dibebaskan dengan jaminan polis?

Umum mengetahui bukan semua kesalahan boleh jamin. Selalunya kesalahan ‘hardcore’ seperti membunuh, kes dadah hukum sampai mati, tidak dibenarkan jamin. Kebarangkalian pesalah bagi kes begini melarikan diri atau bersembunyi sangatlah tinggi. Namun tidak bagi Mohammad Ambree dan isterinya Etiqah Siti Noorashikin yang punya 'kabel' besar.

Apa sudah jadi Jabatan Peguam Negara bagaimana kes Seksyen 302 belum didakwa lagi ke mahkamah?. Apakah kerana yang meninggal mati didera itu berbangsa bugis itu rakyat biasa maka kes itu perlu dilengahkan atau mungkin di tutup? Jika tiada tekanan media dan rakyat maka senyaplah kes itu.

Apakah kerana suspek punya kaitan keluarga VVIP ‘Istana’ maka mereka perlu diberi layanan kayangan berbanding rakyat biasa yang lain?. Keadilan mesti ditegakkan jika tidak akan menunjukkan golongan kayangan saja mampu melepaskan diri dari pertuduhan mahkamah.

Apa sudah jadi dengan Jabatan Peguam Negara, YA Tuan Irwan Bin Suainbon selaku Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah mengapa kes ini belum didakwa sedangkan siasatan polis jelas menunjukkan pasangan suami itu mendera pembantu rumah mereka sehingga mati.

Apakah laporan siasatan penderaan atau gambar-gambar perlu didedahkan barulah pejabat Peguam Negara akan bertindak?

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat Sabah bagaimana pegawainya di Jabatan Peguam Negara (Sabah) menyelesaikan kes ini? Ini kes bunuh melibatkan nyawa dan hak keluarga terlibat

Walau apapun prosedurnya rakyat dan keluarga mangsa perlu dijaga. Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini dengan telus dan jujur tanpa mengira latar belakang, populariti dan status kewangan orang yang disiasat.

Salah tetap salah. Orang salah tidak boleh diangkat sebagai benar kerana latar belakangnya. Janganlah siasatan dikaburi kerana latar belakang seseorang, fikirkan juga nasib mangsa yang masih kecil, yang memerlukan perlindungan dan kasih sayang. Kalau dia salah hukum dia, kalau dia benar bebaskan dia.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:35 AM | Show all posts
friskies pulak gelabah ketet
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:46 AM | Show all posts
Edited by JamilBinAbu at 30-12-2021 11:52 AM

Aku ingat si Etiqah ni sebab masa episode penghujung dah nak dekat finale tu dia buat lempeng dgn sambal ikan bilis. Ramai yang complained buat lempeng pun lepas masuk finale Masterchef
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:51 AM | Show all posts
kawan iolss ada share pasal ni. dia cakap salah sorang ni sedara mara vvip sabah. yg laki tu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 30-12-2021 11:35 AM
friskies pulak gelabah ketet

Nasib baik sempat mandrem majikan, kalau tak sampai lunyai jadi babu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 12:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm masterchef suka tgk muka yg pompuan ni.. cantikkk walau laki so so lupanya dpt vvip... anak kembar plus sorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 12:32 PM | Show all posts
etiqa ni yang berapa kali masak asam pedas tapi lepas sebab lawa ke?
and yang juri tua gatal tu selalu usha jugak kan?
ke yang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kan yg masak asam pedas brp kali tah. Ingat sbb dia lawa pastu tak silap dulu keje dgn petronas. Kejamnya dera2 sampai org tu mati. Semoga dihukum selayaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:38 PM | Show all posts
Tak suka cara kerjanya elok hatar balik je cari orang lain dari mendera sampai macam tu sendiri jugak yang susah akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:51 PM | Show all posts
Datuk Seri Rakbir Singh terbaik ni lawyer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:59 PM | Show all posts
buat malu suluk la lelaki ni.. sabar je laa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
The power of money....ada dakwaan bunuh pun blh ikat jamin..manalah ramai yg berebut2 nak jd kaya walau dpt duit dr rasuah...scam org etc...hope justice will be served..klu bnr membunuh moga x terlepas dr hukuman..klu tak..moga pelakunya dpt ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik tu keturunan bugis  maksudnya org malaysia ke? Or indonesia keturunan bugis? I confused
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik tu keturunan bugis  maksudnya org malaysia ke? Or indonesia keturunan bugis? I confused
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga kedua2 ke tali gantung sampai mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.098900 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list