CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5633|Reply: 17

[Lain-lain] Senarai Laman Sesawang Untuk Memohon Bantuan Kecemasan & Memberi Sumbangan

  [Copy link]
Post time 28-12-2021 11:42 PM | Show all posts |Read mode




Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak Mac 2020 telah memberi impak yang amat besar kepada kehidupan manusia apabila banyak sektor terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung pelbagai kos akibat sekatan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.


Secara tak langsung, ramai yang terjejas teruk akibat pandemik dan juga bencana alam seperti banjir yang melanda di beberapa kawasan sebelum ini.

Jika anda mengalami masalah kewangan dan amat memerlukan bantuan seperti barangan keperluan harian, bolehlah masuk salah satu laman sesawang ini untuk memohon bantuan. Kepada yang ingin membuat amal kebajikan dan ingin memberi bantuan kepada yang memerlukan.


1-  www.sambalsos.com


2- kitajaga.co




#akan di update dari semasa ke semasa

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2021 11:43 PM | Show all posts
Jika ada tambahan, mohon komen dibawah nanti admin update dalam senarai diatas
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 05:48 AM | Show all posts
Edited by trunks at 31-12-2021 05:51 AM

wah dah ada board barula hehe..banjir boleh masuk sekali ke?

Bantuan Banjir RM1000: Tabung Bencana Negara Terkini 2021

Cara Mohon Borang Permohonan Bantuan Banjir RM1000 terkini Tabung Bencana Negara NADMA untuk Shah Alam Selangor Pahang bulan Disember 2021

bantuan banjir rm1000

Banjir di negeri Kelantan Terengganu dan Pahang, ramai yang menjangka dan buat persediaan awal tetapi tidak untuk negeri negeri di pantai barat termasuk di Kuala Lumpur Kl Selangor dan juga Perak.

Selepas banjir besar yang berlaku pada tahun 1971 sekali lagi bencana besar berlaku melibatkan negeri Selangor Kuala Lumpur KL Perak dan tidak lupa juga Pahang Terengganu dan Kelantan. (SEMAK SINI: Insuran bencana alam banjir untuk kereta)

Melihatkan jumlah kerosakan, kerugian yang dialami cukup besar, kerajaan Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan segera termasuk membaiki kerosakan dan juga bantuan one off.

Dan kerajaan juga mengumuman beberapa pengumuman lain yang bakal membantu mengurangkan kesulitan kepada isi rumah yang terjejas. Antaranya ialah bantuan wang ihsan bwi:

Kerajaan Malaysia akan buat bayaran bantuan banjir Rm1000 one off kepada isi rumah yang terjejas kerana jadi mangsa banjir seperti di Kuala Lumpur hulu langat klang Shah Alam Selangor Perak Pahang Kelantan dan Terengganu

Tidak perlu sama sekali isi borang permohonan bantuan banjir RM1000
Pembayaran bantuan 1000 akan diuruskan nama berdasar senarai nama penerima yang diserahkan oleh Pejabat Daerah atau PBT masing-masing
Cuti Penjawat Awam Kerana Bencana Banjir
Penjawat Awam dan kakitangan kerajaan yang terjejas kerana banjir di Selangor Kuala lumpur kl pahang kelantan dan terengganu diberikan pelepasan cuti secara automatik.

Cuti Pekerja & Kakitangan Swasta Kerana Banjir
Manakala saranan kerajaan mengharapkan agar majikan di sektor swasta memberikan cuti dengan gaji dan tidak menolak cuti tahunan kakitangan dan pekerja masing-masing.

Bantuan Banjir 1000 Kepada Perniagaan, Peniaga & Usahawan
borang permohonan bantuan bencana
Diharapkan bantuan Rm1000 diperluaskan juga kepada usahawan, peniaga, penjaja kecil dan perniagaan serta bisnes yang terjejas di hulu langat klang shah alam Selangor Kuala Lumpur Kl Perak Kelantan Pahang dan Terengganu dek kerana jadi mangsa banjir bulan Disember 2021.

Dan diharapkan bantuan yang bakal disalurkan disegerakan.

Kepada nada yang ingin sama-sama memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui bayaran sumbangan ke tabung bantuan bencana negara di bawah pengurusan NADMA

PERKARA        LINK PAUTAN
Nombor Akaun Bank Tabung Bantuan bencana negara Malaysia        1601-0001138-71-4
Bank        Bank Muamalat
SUMBER: https://www.nadma.gov.my

Kami harapkan masalah banjir di Kelantan Pahang Terengganu Perak Kuala Lumpur KL dan Selangor kembali pulih dan bantuan kepada mereka dapat disegerakan!

https://t.me/bantuankerajaanmalaysi






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 05:49 AM | Show all posts
Edited by trunks at 31-12-2021 05:50 AM

Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari


PUTRAJAYA: Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program 'Sustainability Achieved via Energy Efficiency' (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Jan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik, katanya.
Bercakap pada sidang media selepas majlis pengumuman Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 di sini hari ini, beliau berkata individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform e-dagang iaitu Lazada, Shopee dan PGMall.


"Mereka yang terkesan banjir tidak kira di negeri mana, jika layak, mereka diberi rebat segera bagi setiap pembelian. Contohnya barang bernilai RM1,000, mereka perlu bayar RM500 sahaja," katanya.

Beliau berkata ketika ini, terdapat 1,400 premis yang tersenarai di bawah SAVE kendalian Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) dan jumlah itu akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian di premis berdekatan rumah mereka. Menurutnya, data setakat ini menunjukkan terdapat kira-kira 80,000 isi rumah yang layak dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA) akan mengeluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara mangsa untuk membuat pembelian.
SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Jan ini, merangkumi mekanisme tebusan barangan dan jenis barangan, katanya. SAVE merupakan program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli barangan elektrik. Sebelum ini, SAVE 2.0 yang diperkenalkan menawarkan e-rebat RM200 bagi pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.
-- BERNAMA

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2021 10:51 AM | Show all posts
trunks replied at 31-12-2021 05:48 AM
wah dah ada board barula hehe..banjir boleh masuk sekali ke?

Bantuan Banjir RM1000: Tabung Bencana  ...



boleh tapi yang ni saya nak website macam dua kat atas tu..untuk derma tabung semua thread lagi satu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 03:07 AM | Show all posts
admin6 replied at 31-12-2021 10:51 AM
boleh tapi yang ni saya nak website macam dua kat atas tu..untuk derma tabung semua thread lagi  ...

oh ok 'kak' min

kalau untuk warga Johor,mungkin boleh apply online bantuan kecemasan

http://ebantuan.maij.gov.my/main#portfolio


Syarat-syarat Permohonan Bantuan
Bantuan Segera (Kecemasan)

1.        Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.

2.        Pemohon mestilah terdiri daripada golongan fakir dan miskin.

3.        Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2022 03:19 AM | Show all posts
yang ini boleh kot

Bantuan Kewangan RM300 Tanpa Perlu Buat Permohonan




Tahukah dalam Pelan PEMERKASA yang telah diperkenalkan kerajaan pada Mac yang lalu, terdapat 1 bantuan kewangan berjumlah RM300 yang anda boleh dapat tanpa perlu buat permohonan.

Bantuan tersebut dinamakan sebagai Program Prihatin Kasih. Ramai yang masih tidak tahu, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang bagi membantu golongan miskin tegar & B40 melalui program ini.

Program Prihatin Kasih

Apa itu Program Prihatin Kasih? Program ini merupakan bantuan kerajaan dalam bentuk bantuan makanan yang berjumlah RM300 dan akan diagihkan kepada lebih 300,000 isi rumah yang layak di seluruh Malaysia.

Jumlah Bantuan
Melalui program ini, anda boleh tebu2 dan buat pembelian makanan asas secara percuma di kedai-kedai atau supermarket berdekatan.

Bantuan yang diberikan bernilai RM100 Sebulan untuk tempoh 3 bulan
Jadi bantuannya adalah RM300 secara keseluruhan
Tebus bantuan tersebut melalui MyKad penerima

Terdapat lebih 300 lokasi kedai & pasaraya untuk anda tebus antaranya Giant, Econsave, Mydin, 99 Speedmart dan banyak lagi.

Cara Semak Status Permohonan
Untuk semak kelayakan anda dalam Program ini, sila klik di pautan berikut :

https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx


Masukkan IC dan Captcha yang betul, klik semak status.

Jika lulus, paparan kelayakan akan dipaparkan dan anda akan terima SMS untuk mengesahkan status.

Sila hadir ke taklimat orientasi di kedai berdekatan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk FAQ soalan lazim di sini.

Atau anda boleh hubungi MyKasih Foundation di :

03 -7720 1800
info@mykasih.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 10:28 PM | Show all posts
trunks replied at 1-1-2022 03:19 AM
yang ini boleh kot

Bantuan Kewangan RM300 Tanpa Perlu Buat Permohonan

response yg bagus Trunks; pasti akan membantu banyak pihak yang memerlukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 02:00 AM | Show all posts
Edited by trunks at 14-2-2022 05:02 AM
ipes2 replied at 2-1-2022 10:28 PM
response yg bagus Trunks; pasti akan membantu banyak pihak yang memerlukan

alah saja layan Admin hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 07:43 PM | Show all posts
trunks replied at 3-1-2022 02:00 AM
alah saja layan Admin hehe..ohya..saya ingat nak buka 1 thread Bantuan kerajaan kalau free
nanti,o ...

rasanya tentu validsebab kita sebenarnay tidak tahu tentang pelbagai bantuan kerajaan
sy ingat dulu, ramai suatu ethnic ni, pegang boarng2 di jabatan2 kerajaan di malaysia, beratur
rupanya2 ia suatu bentuk bantuan (sy lupa apa dia) yang hanya mereka yg baca deep into some govt releases je yg dapat tahu
pelbagai schemes.. tapi rakyat kita kurang membaca
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 05:50 PM | Show all posts

Tuan/Puan kalau rasa terkesan boleh mohon bantuan one off untuk bukan fakir/miskin dari Pusat Zakat Selangor
https://www.zakatselangor.com.my/peduli

Syarat-syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

Beragama Islam
Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:

Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 05:56 PM | Show all posts

Dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan beberapa bantuan kerajaan bagi tahun 2022 yang akan memanfaatkan Keluarga Malaysia.
Untuk makluman, Bajet 2022 yang berjumlah RM332.1 bilion menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara. Daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Beberapa bentuk bantuan kerajaan turut disenaraikan bagi tahun 2022 yang akan memberi manfaat buat semua rakyat Malaysia seperti golongan B40, M40, warga belia, warga emas dan lain-lain lagi.

https://bantuanrakyat.my/bantuan-kerajaan-2022/



Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:04 PM | Show all posts
Bantuanbanjir.com

Semoga kesemua inisiatif ini dapat membantu meringankan beban #KeluargaMalaysia yang terkesan akibat banjir.
- Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob (Perdana Menteri Malaysia)

Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.4 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0% dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.



01

Bantuan Tunai

Kerajaan serta agensi-agensi berkaitan bersepakat menyalurkan bantuan tunai bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir.

02

Pembiayaan

Pelbagai bantuan pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium selama 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir memulihkan kehidupan mereka segera.

03

Bantuan Komuniti

Penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh Kerajaan dan agensi-agensinya bagi kerja-kerja pemulihan akibat banjir.





[size=4.5]Bantuan Tunai


Sebanyak RM1,000 disediakan sebagai bantuan bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir termasuk mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). BWI kini boleh dituntut setiap kali ditimpa bencana.


Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat 100% bil elektrik sebagai inisiatif bantuan banjir kepada pengguna domestik yang terkesan bagi bulan Disember 2021.


Kerajaan akan menyediakan bantuan berbentuk baucar pembelian barang-barang elektrik kepada mangsa-mangsa banjir. Penebusan boleh dibuat semasa pembelian di kedai dan pasar raya berdaftar atau platform e-dagang yang diiktiraf Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

[url=]
Bantuan banjir sebanyak RM2,500 oleh Kerajaan bagi mengganti peralatan dan perabot yang rosak serta kediaman yang ditenggelami air.
Akan Dikemaskini

[/url]


Perodua akan menyediakan perkhidmatan tunda kereta ke pusat servis mereka serta bersetuju untuk memberikan kos upah baik pulih dan servis berkaitan secara percuma dengan diskaun sebanyak 50% ke atas alat ganti. Kerajaan juga menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.


Bantuan bagi mangsa banjir yang disediakan oleh PROTON seperti diskaun sebanyak 50% untuk pembelian alat ganti model kereta serta caj tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat servis kenderaan mereka. Kerajaan juga menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.


Syarikat kereta lain turut menyediakan bantuan banjir seperti perkhidmatan tunda kereta secara percuma serta menawarkan diskaun 25% atau lebih ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar. Mereka juga menawarkan bayaran secara ansuran sehingga satu tahun. Kerajaan juga menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000


Bantuan banjir sebanyak RM10,000 akan disalurkan kepada waris yang terkesan.





[size=4.5]Pembiayaan


Bantuan banjir oleh Bank Negara Malaysia seperti menyediakan bantuan bayaran balik pinjaman sehingga 6 bulan dan penstrukturan semula jadual pembiayaan dengan pengecualian caj untuk bayaran lewat serta pengecualian fi bagi pembaharuan kad atau penyata akaun.


Bantuan pinjaman bagi usahawan PKS sehingga RM700,000 dengan kadar faedah sehingga 3.5% termasuk fi jaminan. Moratorium sehingga 6 bulan disediakan dengan lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 7 tahun bagi membiayai kos ganti peralatan yang terkesan akibat banjir.


Bantuan pinjaman bagi usahawan Mikro sehingga RM150,000 dengan kadar faedah sehingga 3.5% termasuk fi jaminan. Moratorium sehingga 6 bulan disediakan dengan tempoh lanjutan bayaran balik sehingga 7 tahun bagi membiayai kos ganti peralatan yang terkesan akibat banjir.


Bantuan pinjaman sehingga RM10,000 bagi mangsa banjir dengan kadar faedah 0%. Moratorium selama 6 bulan disediakan dengan lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.

[url=]
TEKUN menyediakan pinjaman sebagai bantuan banjir sehingga RM100,000 dengan kadar faedah serendah 0%. Moratorium sehingga 12 bulan disediakan dengan tempoh lanjutan bayaran balik sehingga 10 tahun.
Akan Dikemaskini

[/url]





[size=4.5]Bantuan Komuniti


Bantuan kepada mangsa banjir oleh GLIC dan GLC dalam menyediakan barang keperluan asas kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan secara berfasa, dengan mengutamakan keluarga yang telah kembali ke rumah daripada Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

[url=]
KPKT bekerjasama dengan JPSPN serta SWCorp bagi mempercepatkan kerja-kerja mengutip sampah, membersih dan menghantar sisa banjir ke tapak pelupusan sebagai inisiatif bantuan banjir.

[/url]


Penyediaan bantuan banjir sehingga RM5,000 daripada Kerajaan bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir.


Bagi rumah yang mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu menyediakan bantuan banjir sehingga RM56,000 bagi setiap unit rumah baharu. Manakala, bagi rumah yang masih boleh dibaik pulih, sebanyak RM15,000 disediakan bagi setiap unit.





Ikuti inisiatif-inisiatif bajet 2022 yang boleh dimanfaatkan di portalbudget.mof.gov.my/manfaat

Hubungi Kami
Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA







www.mof.gov.my

HakCipta Terpelihara @ 2022 Kementerian Kewangan Malaysia






Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:50 PM | Show all posts



Notis Pengumuman Bantuan Banjir Agrobank 2021 dan 2022




Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:34 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 16-1-2022 01:35 PM

https://bbmorg.my/donation-info/


PENGENALAN BRIGED BAKTI MALAYSIA (BBM)

✅ 1 Januari 1991: Bermula (di Kelantan).
✅ 9 Ogos 1996: Perasmian dalam Perhimpunan Perdana 1, Pasukan Briged Bakti Remaja Negeri Kelantan di Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
✅ 30 Julai 1997: Pendaftaran rasmi sebagai NGO Sosial dan Rekreasi dibawah Akta Pertubuhan 1966.
✅ 8 April 2009: Mula beroperasi di peringkat kebangsaan.
✅ 5 Julai 2016: Diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Unit Beruniform di sekolah.


Pendaftar Pertubuhan, Malaysia
No. Pendaftaran: PPM-014-03-30071997
Tarikh: 30 Julai 1997



???? VISI
“Masyarakat Berbakti.”


???? MISI
1. Mendidik masyarakat supaya dapat membudayakan semangat tolong-menolong.
2. Membina sukarelawan dan menyediakan platform untuk berbakti.
3. Mengadakan jaringan dan kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk mencapai matlamat.
4. Mengadakan kajian dan penyelidikan untuk penambahbaikan dan inovasi.


???? FALSAFAH
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”


???? MOTTO
“Sedia Berbakti”


???? MATLAMAT BBM


1⃣ Membangun potensi modal insan yang berjiwa patriotik, berwawasan, berilmu berkemahiran dan berpengalaman secara holistik.


2⃣ Menjalankan latihan kemahiran dan berketrampilan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan diri dan masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada keluarga, masyarakat, negara dan umat sejagat.


3⃣ Menjana dan menggembleng tenaga golongan remaja, belia dan masyarakat seluruhnya untuk bekerjasama dalam aktiviti kesukarelaan dan kesukarelawanan untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam semua lapangan secara bersepadu dan komprehensif.


4⃣ Mengukuh dan meningkat perpaduan, kerjasama, dan hubungan baik dengan mana-mana organisasi yang mempunyai matlamat yang selaras dengan prinsip gerak kerja Briged Bakti Malaysia bagi mewujudkan rasa persahabatan dan setia kawan yang kukuh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang merentas kaum, bangsa, agama dan fahaman politik.


???? 7 PRINSIP TERAS BRIGED BAKTI MALAYSIA
1. Keilmuan
2. Kesukarelaan
3. Kepengorbanan
4. Kebajikan
5. Kesejahteraan
6. Keikhlasan
7. Keintegritian


???? 6 BUDAYA BRIGED BAKTI MALAYSIA
1. Masa
2. Bersih
3. Proaktif
4. Profesional
5. Kasih sayang
6. Kreatif dan Inovatif


???? PROGRAM DAN AKTIVITI


1. Perkhemahan Tahunan.
2. Pertandingan Kawat Kaki dan Pelbagai Kemahiran Asas PBBMR.
3. Kursus dan Pertandingan Pengurusan Jenazah.
4. Kursus dan Pertandingan Pengurusan Orang Sakit di Rumah (POSDIR).
5. Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pasukan.
6. Program MosqueCare BBM (Tempatan/Luar Negara).
7. Program Rakan Hospital.
8. Program Ziarah Pesakit di Rumah (POSDIR).
9. Program Khidmat Masyarakat (KHIDMAS).
10. Program BUSSHRA (Budaya, Seni, Sukan, Hiburan & Rekreasi).
11. Program Kemahiran Insaniah (Pengacaraan Majlis, Pengurusan Acara, Keurusetiaan, Kefasilitatoran, Penulisan Berita, Fotografi dll).
12. Lawatan Sambil Belajar.
13. Modul/Kursus Pendidikan Bernilai Tambah (bersama Agensi Kerajaan/Swasta dan NGO Tempatan).
14. Program kebajikan masyarakat Orang Asli, anak yatim, fakir & miskin.
15. Bantuan kecemasan dan kemanusiaan kepada mereka yang ditimpa musibah seperti banjir dan puting beliung.
16. Program HomeCare.
17. Program AsnafCare.
18. Program GelandanganCare
19. Program RevertCare


Khidmat Masyarakat (KHIDMAS):


1. Konsep Kesukarelaan dan Kesukarelawanan


2. Program Bersama Masyarakat Setempat (Cakna Masyarakat)


3. Program Misi Bantuan Kemanusiaan Sejagat


4. Program Rakan Kebajikan


5. Program Kempen Perdana Kesedaran Masyarakat


6. Program Khidmat di Institusi Kemasyarakatan

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:22 AM | Show all posts
Semakan Bantuan Baitulmal 2022: Bila Duit Masuk Januari 7, 2022

Semakan Borang permohonan Bantuan duit raya baitulmal 2022 online untuk pelajar dan tarikh bila dapat Dapat Duit Percuma. Semak Keputusan

Ramai yang tidak tahu sebenarnya intitusi ini menawarkan banyak bantuan dan ada macam macam jenis bantuan. Yang mana anda boleh mohon dengan syarat anda diketagorikan sebagai kelompok yang kurang mampu.

TERBARU: Semak kadar harga pos laju 2022 yang terbaru

Permohonan untuk bantuan ini selain juga bantuan pkp 3.0 diwujudkan dengan harapan golongan yang memerlukan dan menghadapi kesempitan hidup dapat memohon dan menerima bantuan seperti yang tersenarai di bawah ini:

Syarat kelulusan agak mudah. Itu sebablah berdasar semakan kami, ramai yang lulus dan berjaya terima dengan cepat dan pantas.
Senarai Kandungan Penting:





Semakan Bantuan Baitulmal 2022
Kami perhatikan begitu banyak semakan untuk pelajar yang diberikan terutamanya kepada yang mahu terus belajar dan menuntut ilmu

  • Bantuan Biasiswa Pelajaran
  • Bantuan perkahwinan
  • bantuan kewangan bulanan
  • Bantuan bulan Ramadhan
  • Bantuan deposit rumah pertama sewa beli teksi
  • Bantuan deposit sewa beli teksi
  • Bantuan pendidikan
  • Bantuan takaful asnaf
  • Bantuan sambung belajar ke universiti untuk pelajar ipt selepas lulus permohonan online UPU
  • Bantuan guaman syarie
  • bantuan bayaran tuisyen pelajar
  • bantuan pembayaran hutang untuk diselesaikan
  • Bantuan deposit sewa rumah
  • Bantuan perubatan
  • Bantuan bisnes dan bantuan perniagaan
  • Bantuan jadi Hafaz Al Quran

Syarat Kelayakan Permohonan
  • Sebenarnya syarat yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut kategori bantuan yang ditawarkan.
  • Contohnya jikalau anda mahu mohon bantuan belajar Hafaz Al Quran, anda mestilah terdiri dari kalangan dan golongan yang sedang belajar ilmu tersebut. Begitu jugalah dengan yang lain-lain

Cara Mohon

  • Caranya mudah sahaja. Anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan mereka yang berhampiran dengan rumah dan kediaman anda bagi mendapatkan borang permohonan yang disediakan oleh pihak mereka
  • Boleh juga apply dan mohon secara online
  • Yang bagusnya apabila anda sudah menerima pembayaran dan bayaran bantuan daripada institusi ini, anda sama sekali tidak perlu membayarnya semula.
  • Cuma harapan yang diberikan, bantuan yang diberikan itu digunakan dengan sebaik dan djalan yang betul.

Semakan Bantuan Baitulmal
Anda boleh daftar borang permohonan dan buat semakan status serta tarikh bayaran bulanan duit baitulmal masuk untuk pemohon Negeri Sembilan Selangor Melaka Kuala Lumpur KL Labuan sabah Sarawak Kedah Johor Kelantan Terengganu Pahang Perak Pahang Kedah Perlis dan Pulau Pinang.

SENARAI
LINK PAUTANNYA

Baitulmal Kuala Lumpur KL

Baitulmal Selangor

Baitulmal Negeri Sembilan

Baitulmal Sabah

Baitulmal Sarawak

Baitulmal Terengganu

Baitulmal kelantan

Baitulmal Johor

Baitulmal Perlis

Baitulmal Kedah

Baitulmal Pulau Pinang Penang

Baitulmal Perak

Baitulmal Pahang

Baitulmal Melaka

Baitulmal Labuan

BACA SINI: Permohonan Bantuan kita1keluarga dibuka sekarang

P/S : Tidak kira anda tinggal di mana, anda boleh sahaja mohon bantuan duit raya baitulmal ini samada di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, semuanya ada cawangan untuk anda kunjungi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nak minta bantuan mknan kucing pasir boleh ke..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 12:48 PM | Show all posts
Buritan replied at 8-6-2023 09:51 AM
Kalo nak minta bantuan mknan kucing pasir boleh ke..

X jumpa pulak

Ini adalah https://www.mstar.com.my/xpose/i ... t-fungsi-tetap-sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071526 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list