CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 0

[Pulau Pinang] Enam cedera tongkang terbakar

[Copy link]
Post time 28-12-2021 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Enam cedera tongkang terbakar

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 28, 2021 @ 1:41pmbhnews@bh.com.my




Petugas perubatan berusaha membantu seorang mangsa yang cedera dalam kejadian tongkang terbakar dengan Pengkalan Weld pagi tadi



GEORGETOWN: Seorang parah, manakala lima lagi cedera dalam kebakaran membabitkan tongkang di Lebuh Macallum dekat Pengkalan Weld di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.54 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai yang diketuai ketua operasi, Mohamad Yahaya Murad, ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

"Ketika tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah tongkang dengan anggaran kemusnahan sebanyak 20 peratus.

"Terdapat enam mangsa lelaki yang mana satu daripadanya parah manakala lima lagi mengalami cedera ringan di bahagian tangan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut jurucakap berkenaan berkata, mangsa yang terbabit diberi rawatan awal kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Katanya bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada jam 11.08 pagi

"Setakat ini kerja pemadaman masih dilakukan dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran," katanya lagi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058599 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list