CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 0

[Pulau Pinang] Geng edar ganja tumpas, lima lelaki ditangkap

[Copy link]
Post time 24-12-2021 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Geng edar ganja tumpas, lima lelaki ditangkap
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 24 Disember 2021


Shafee (tiga dari kiri) bersama pegawai penyiasat menunjukkan ganja yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, Bukit Mertajam pada Jumaat.


BUKIT MERTAJAM - Kegiatan pengedaran dadah jenis ganja yang didalangi warga tempatan ditumpaskan selepas tertangkapnya lima lelaki dalam enam serbuan berasingan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), bermula Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, operasi dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik SPT selama lima hari itu berjaya merampas 142.3 kilogram (kg) ganja bernilai RM355,785.


Menurutnya, kegiatan kumpulan berkenaan terbongkar selepas polis membuat serbuan pertama di sebuah rumah di Seberang Jaya dan menangkap seorang lelaki bersama enam ketulan mampat ganja seberat 5.2 kg.


"Hasil soal siasat dibuat membawa kepada serbuan kedua di kawasan Bukit Mertajam dan berjaya menangkap dua suspek bersama 18.9 kg ganja bernilai RM47,197.


"Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek membawa kepada serbuan ketiga di sebuah rumah kedai di Sungai Semambu dan menjumpai 41 ketulan mampat ganja bernilai RM99,122," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini pada Jumaat.


Shafee berkata, selang beberapa hari pihaknya sekali lagi membuat serbuan di sebuah rumah di Seberang Jaya dan menahan seorang lelaki bersama 53 ketulan kecil ganja seberat 1.1 kg bernilai RM2,750.


Katanya, soal siasat yang dijalankan terhadap suspek berkenaan membawa kepada serbuan kelima di sebuah rumah di Permatang Pauh dan menjumpai 55 ketulan mampat ganja seberat 54.6 kg sebelum menangkap seorang lagi suspek pada Rabu lalu bersama 23 ketulan ganja seberat 23 kg.


"Hasil risikan yang dibuat mendapati sindiket pengedaran dadah ini bergiat aktif sejak Jun lalu dan dijual untuk pasaran tempatan.


"Selain dadah, kita turut merampas empat buah kenderaan daripada suspek dan wang tunai berjumlah RM10,600 menjadikan jumlah sitaan keseluruhan ialah RM133,600," katanya.


Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati tiga daripadanya positif dadah jenis THC malah semakan juga mendapati mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.


Tambah beliau, kesemua suspek berusia 30 hingga 52 tahun itu direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ma-lelaki-ditangkap
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057682 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list