CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 564|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak leukemia perlu RM79,460 pindah sumsum tulang

[Copy link]
Post time 23-12-2021 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak leukemia perlu RM79,460 pindah sumsum tulang
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 23 Disember 2021


Keadaan Muhammad Aisy Aidan sebelum disahkan menghidap leukemia.


BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun memerlukan dana RM79,460 untuk pemindahan sumsum tulang selepas disahkan menghidap leukemia kanak-kanak.


Muhammad Aisy Aidan Abdul Hamid disahkan menghidapi penyakit berkenaan tahun lalu selepas mengalami masalah kulit pada badan seperti gigitan nyamuk.


Bapanya, Abdul Hamid Arshad, 45, berkata, selepas membawa anaknya ke klinik doktor hanya memberikan gel untuk disapu kerana menganggap hanya masalah kulit biasa.


Beliau berkata, tanda gigitan nyamuk di badan anaknya masih tidak hilang walaupun gel ubat telah disapu.


"Saya kemudian membawa Muhammad Aisy Aidan ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan sebelum dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.


"Hasil pemeriksaan dan analisis tulang sumsum Muhammad Aisy Aidan menunjukkan negatif terhadap penyakit barah," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat One Hope Charity & Welfare di sini pada Rabu.


Bagaimanapun menurutnya, pada Mac lalu, keadaan anaknya bertambah buruk dan platelet darah merosot hingga tahap yang amat berbahaya sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.



Sui Hou (kiri) dan ibu bapa Muhammad Aisy Aidan menunjukkan gambar anak mereka yang menghidap leukemia.


"Hasil pemeriksaan dilakukan menunjukkan Muhammad Aisy Aidan menghidap leukemia yang amat jarang iaitu leukemia kanak-kanak (Juevenile Myelomonocytic)," katanya.


Abdul Hamid yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya mengambil upah memotong rumput meminta pertolongan badan kebajikan One Hope Charity & Welfare bagi membantu mengumpulkan dana untuk anaknya.


Menurut beliau, anaknya itu sebelum ini pernah menjalani pemindahan sumsum tulang dengan abang kandungnya pada Ogos namun paras plateletnya terus merosot ke paras berbahaya.


Jelasnya, atas nasihat pakar perubatan mereka menyarankan anaknya mengambil untuk pemindahan sumsum tulang kali kedua.


"Pembedahan sebelum ini telah menelan belanja RM50,000 tidak termasuk kos ubat 'anti-rejection' dan kami telah kehabisan wang simpan untuk menampung pemindahan sumsum tulang kali kedua," katanya.


Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity & Welfare Datuk Chua Sui Hau berkata, penyakit yang dihadapi Muhammad Aisy Aidan hanya berlaku satu dalam sejuta orang dan kanak-kanak itu merupakan pesakit ketiga dalam sejarah Pusat Perubatan Universiti Malaya yang disahkan menghidap Juevenile Myelomonocytic.


Jelasnya, penyakit berkenaan tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan kemoterapi tetapi hanya dengan pemindahan sumsum tulang.


"Abdul Hamid dan isterinya sangat mengharapkan ihsan daripada orang ramai bagi membantu mengumpulkan dana untuk menyelamatkan nyawa anak mereka," katanya.


Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun One Hope Charity & Welfare, Public Bank Berhad di nombor akaun 3193-433-435 atau untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari sasawangwww.onehopecharity.org atau https://www.facebook.com/onehopecharitywelfare/.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... indah-sumsum-tulang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.072143 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list