CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17352|Reply: 290

[Tempatan] Pengumuman dividen ASB 2021 - 5.00 sen seunit (4.25 + bonus 0.75 sen seunit)

  [Copy link]
Post time 23-12-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by missbigrockstar at 23-12-2021 11:02 AM

Sama atau lebih sikit

Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my

SEKIRANYA pembayaran dividen lebih sedikit daripada tahun lalu, ia pembayaran  adil.
SEKIRANYA pembayaran dividen lebih sedikit daripada tahun lalu, ia pembayaran adil.

Kuala Lumpur: Kadar pengagihan pendapatan (dividen) Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun ini dijangka berada pada kadar lebih kurang sama atau lebih sedikit seperti direkodkan tahun lalu, kata Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya  Dr Aimi Zulhazmi  Abdul Rashid

Katanya, ia berikutan kesan pandemik Covid-19 dan fasa pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata,  sekiranya pembayaran dividen lebih sedikit daripada tahun lalu, ia pembayaran adil memandangkan kegawatan dialami selama 22 bulan lalu dengan penutupan dan pembukaan semula ekonomi sejak 18 Mac 2020.

Katanya, ia masa sangat sukar seperti dicerminkan bursa tempatan serta prestasi Ringgit Malaysia.

"Majoriti syarikat tersenarai melaporkan keuntungan lebih rendah kecuali bagi yang dalam rangkaian global seperti bidang elektronik dan elektrik, sarung tangan keselamatan, e-dagang, farmaseutikal dan logistik.

"Bagaimanapun, ekonomi global perlahan-lahan dibuka dengan permintaan komoditi meningkat seperti minyak mentah dan minyak sawit yang memberikan sokongan diperlukan untuk eksport negara.

"Ini ditunjukkan menerusi keluaran dalam negara kasar (KDNK) negatif sebanyak 5.6 peratus tahun lepas dan untuk tahun ini, semua suku tahunan melaporkan penguncupan ekonomi," katanya mengulas mengenai jangkaan jumlah dividen dan bonus ASB yang diumumkan pada 23 Disember ini.

Dr Aimi Zulhazmi  berkata, memandangkan ekonomi mengalami kemelesetan dijangka ramai mengeluarkan wang simpanan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan.

  "Ini bermakna jumlah dividen lebih rendah yang mereka terima, bagaimanapun mereka harus menjangkakannya berdasarkan kesuraman ekonomi.

"Bagi mereka yang berjaya mengekalkan pelaburan, mereka boleh menikmati peratusan pelaburan lebih baik daripada kadar deposit tetap (FD) atau simpanan lebih rendah di bank," katanya.

Selain itu, katanya, pasaran antarabangsa menunjukkan prestasi baik terutama dalam pasaran negara maju, berikutan dasar fiskal dan kewangan kerajaan masing-masing untuk meningkatkan ekonomi.

"Terdapat juga portfolio menunjukkan prestasi baik di peringkat global berikutan pandemik seperti industri farmasi, kimia, minyak dan gas, peralatan keselamatan dan terutama peralatan elektronik.

"Tetapi industri runcit, hartanah, pelancongan dan pengembaraan mempunyai hasil lembap untuk 22 bulan lalu di seluruh dunia.

"Namun, pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di luar negara agak seimbang termasuk dalam kedua-dua pasaran wang dan pasaran modal," katanya.

Tahun lalu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit bagi dana utama dan sempena ulang tahun ke 30-ASB, pemegang unit turut menerima ehsan 0.75 sen seunit sehingga 30,000 unit pertama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missbigrockstar at 23-12-2021 10:57 AM


PNB umum dividen ASB, 5.00 sen

kartika@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengumuman dibuat Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria menerusi sidang media secara maya, hari ini.

Katanya, pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

"Jumlah pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion membabitkan 10.4 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini," katanya.

Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 08:44 AM | Show all posts
Berapa la agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Still below 5% ni... 2020 mmg byk bisnes teruk tp 2021 is recovery
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 23-12-2021 08:50 AM
Still below 5% ni... 2020 mmg byk bisnes teruk tp 2021 is recovery

If 4.5-5% pun dah syukur sgt considering current situations
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 23-12-2021 08:44 AM
Berapa la agaknya

Jom buat air kopi sambil suspens menunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2021 08:59 AM | Show all posts
oh harini ek.. tk sabar lak hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 23-12-2021 08:59 AM
oh harini ek.. tk sabar lak hahaha

Tahun ni lewat umum sampai kita pun dah terlupa. Harap ada sedikit berita kegembiraan especially buat mangsa2 yg terkesan banjir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tutup kan? Iols tak sempat nak masuk duit la nampaknya.
Tunggu bulan 1 ni jelaa
Tabung haji bukak lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:12 AM | Show all posts
missbigrockstar replied at 23-12-2021 08:54 AM
Jom buat air kopi sambil suspens menunggu

Kopi o tanpa gula...sedapnye....

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:13 AM | Show all posts
rasa mcm 2.5-3.5 je  tu pun dah masuk bonus..
ok laa dari kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:17 AM | Show all posts
Konfem lah lagi rendah daripada sebelum ni. Demikianlah kerajaan melayu moslem yg disokong penuh mopeti nan satu itteeww..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:27 AM | Show all posts
katanya sama mcm last year
tak tau la kalo boss aku menipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-12-2021 09:10 AM
Dah tutup kan? Iols tak sempat nak masuk duit la nampaknya.
Tunggu bulan 1 ni jelaa
Tabung haji buka ...

Tutup dah kaunter smlm TH selalunya umum hibah dalam bulan 3 tak silap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 23-12-2021 09:17 AM
Konfem lah lagi rendah daripada sebelum ni. Demikianlah kerajaan melayu moslem yg disokong penuh mop ...

Dok nampak mcm tu lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 23-12-2021 09:27 AM
katanya sama mcm last year
tak tau la kalo boss aku menipu

Kalau insider punya information, kira betul lah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 09:39 AM | Show all posts

Siapa buat loan asb tu boleh siap2 kensel dan simpan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ade info ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
misssakura replied at 23-12-2021 09:59 AM
dah ade info ke?


Pukul 10 baru start. Tera nak bagi report unjuran, kena 15 minit lah kot baru tau jumlah dividen
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 23-12-2021 10:00 AM
Pukul 10 baru start. Tera nak bagi report unjuran, kena 15 minit lah kot

ooo iols tergelojoh pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.124116 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list