CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 0

[Kedah] 122 cerun di seluruh negara berisiko runtuh

[Copy link]
Post time 21-12-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Suraya (kanan) mencuba air dari telaga tiub sumber air bawah tanah yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar Merbok.

MERBOK - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sebanyak 122 daripada 220 cerun di seluruh negara, berisiko tinggi berlaku runtuhan pada musim tengkujuh.

Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, kesemua cerun tersebut dalam pemantauan pihaknya dan sebahagiannya berada dalam kawasan penempatan penduduk.

Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah Jalan Genting Peras - Kuala Klawang, Jalan Sungai Tekali-Hulu Langat dan kawasan Sungai Penchala.

"Sungai Penchala antara paling teruk berlaku tanah runtuh baru-baru ini menyebabkan banyak kemusnahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Penyerahan Telaga dan Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) di Loji Rawatan Air (LRA) Tupah, Merbok, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman; Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob dan Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Noorulhuda Mohammed Ali.

Menurut Hisamuddin, selain pemantauan, sistem amaran awal akan dipasang di kawasan berisiko tinggi sebagai persediaan.

Katanya, JMG mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menempatkan sistem amaran awal (EWS) menggunakan peralatan dan teknologi dari Jepun.

"Kita sedang menunggu persetujuan UTM seterusnya melakukan rundingan lokasi sistem tersebut ditempatkan," jelasnya.

Tambahnya, sistem tersebut yang turut dilengkapi siren membolehkan pihak berkaitan dan penduduk setempat mengambil langkah berjaga-jaga.

Sebelum ini, media melaporkan empat buah rumah rosak dan seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada jam 1.22 pagi Sabtu.

Ketika ditanya mengenai kejadian kepala air di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang, Hisamuddin berkata, pihaknya masih belum dapat mengakses ke kawasan kejadian tanah runtuh bagi menjalankan siasatan.

Dalam kejadian itu, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dihanyutkan kepala air di kawasan peranginan Bobby Eco Camp, kira-kira jam 10.40 malam, Sabtu lalu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ara-berisiko-runtuh
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052429 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list