CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kempen berzakat ZPP selaras norma baharu

[Copy link]
Post time 21-12-2021 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Kempen berzakat ZPP selaras norma baharu
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 21 Disember 2021


Amran menunjukkan kios baharu pembayaran zakat.


BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengoptimumkan Kempen Akhir Tahun ZPP kali ini dengan mempromosikannya melalui pelbagai medium termasuk media sosial.


Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, untuk tahun ini, kempen diadakan secara digital iaitu promosi dan dakwah zakat melalui medium baharu antaranya Facebook, TikTok, Instagram, Twitter dan beberapa lagi yang bersesuaian serta selaras dengan norma baharu.


Amran


Menurutnya, bagaimanapun kaedah kempen secara konvensional turut digerakkan agar keterangkuman dakwah zakat dapat meliputi di segenap masyarakat Muslim di Pulau Pinang.


“Kempen ini adalah salah satu aktiviti yang terdapat dalam Kempen Bulan Zakat ZPP untuk meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan umat Islam.


“Dalam erti kata lain, bukan saja untuk mereka membayar kepada ZPP tetapi untuk memberitahu kepada golongan asnaf bahawa Islam memiliki mekanisme untuk membantu mereka.


“Ia sekali gus menunaikan hasrat ZPP untuk mewujudkan keseimbangan sosioekonomi di Pulau Pinang khususnya dalam kalangan umat Islam. Inilah tujuan mengoptimumkan kempen ZPP pada tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Amran berkata, ZPP berharap dengan usaha yang dijalankan melalui kempen tersebut, ia akan meningkatkan kesedaran umat Islam di Pulau Pinang terhadap ibadat zakat, tambahan pula negara diuji dengan pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.


“Kami juga berharap Bantuan Dana Zakat ZPP dapat menjamin pembangunan sosioekonomi ummah di Pulau Pinang dengan memberi suntikan terhadap keupayaan pembangunan kehidupan asnaf dari sudut material dan spiritual (agama) yang berdepan dengan cabaran pasca pandemik Covid-19,” katanya.


Dalam pada itu, Amran berkata, Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang (BZNPP) 2021 adalah salah satu daripada kempen akhir tahun ZPP dan tiada tema khas digunakan pada tahun ini.


“Kempen ini lebih kepada objektif utama iaitu menggalakkan masyarakat untuk membayar zakat sebelum 31 Disember ini untuk melayakkan mereka menikmati rebat cukai. ZPP juga menawarkan hadiah untuk mereka yang membayar zakat.



Orang ramai kini boleh membayar zakat di kaunter bergerak yang disediakan oleh ZPP.


“ZPP menawarkan Skim Kafalah Mahabbah atau skim khairat kematian berjumlah RM1,000 yang memberi manfaat kepada waris pembayar dengan bayaran zakat minimum RM100.


“Kami juga menyediakan cenderahati menarik di semua kaunter selain mengadakan kuiz zakat yang menawarkan baucar membeli-belah. ZPP juga mengadakan peraduan video di aplikasi TikTok yang menyediakan hadiah wang tunai kepada pemenang,” katanya.


Perluaskan kempen

Menurut Amran, kempen berkenaan tidak menyasarkan golongan tertentu tetapi ia untuk umum iaitu seluruh masyarakat yang layak dan wajib menunaikan zakat.


“Walaupun ia secara umum, kami mengadakan kempen zakat perniagaan yang dikhususkan kepada peniaga dan syarikat korporat. Melalui kempen ini, kami menggalakkan bayaran zakat terus kepada ZPP atau wakil kutipan yang dilantik (oleh ZPP).


“ZPP juga melakukan kempen taksiran korporat menerusi Bahagian Dakwah Korporat yang telah turun ke lapangan untuk berjumpa dengan syarikat serta perniagaan berdaya maju di Pulau Pinang antaranya Pharmaniaga Sdn Bhd, UEM Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Al-Hadad Marketing Sdn Bhd, Perniagaan Nasi Kandar Hussain Tajuddin, Perniagaan Nasi Kandar Deen Maju, Kenanga Lub Constraction Sdn Bhd dan Perda Venture Incorporated Sdn Bhd,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai promosi Kempen Akhir Tahun ZPP, beliau berkata, ZPP turut menggunakan khidmat media social influencer serta beberapa tokoh agama selebriti antaranya Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.


Selain media arus perdana, ZPP juga memaksimumkan penggunaan media sosial dalam mempromosi kempen ini dengan mengadakan beberapa siri rakaman video dan siaran langsung (live) bersama ustaz selebriti dan influencer.“Usaha promosi juga melibatkan penggunaan perkhidmatan lima buah bas RapidPenang dengan cara pengiklanan di badan bas berkenaan.


“Bagi kempen di lapangan pula, kami membuka kaunter di pejabat-pejabat kerajaan dan juga swasta setelah prosedur operasi standard (SOP) bagi Fasa Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan,” katanya.


Beliau berkata, ZPP juga menyertai pameran sempena Program Penbvex 2021 yang berlangsung bermula 19 hingga 30 November lalu di Mydin Mall Bukit Mertajam.


Menurutnya, ZPP mengadakan kempen khusus berhubung pembayaran zakat secara tetap setiap bulan menerusi potongan gaji.


“Ramai yang masih beranggapan bahawa zakat hanya untuk yang kaya dan berharta sahaja. Sebenarnya mereka boleh membayar zakat secara tetap setiap bulan menerusi potongan gaji dengan kiraan tertentu.


Amran mencuba kios baharu pembayaran zakat.


“Sehubungan itu, kami mengadakan kempen melalui media sosial dan media arus perdana bagi menggalakkan masyarakat untuk membuat bayaran zakat melalui Skim Sakinah atau skim potongan zakat bulanan. Dengan menyertai skim ini, mereka layak untuk menyertai Skim Kafalah Mahabbah,” katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elaras-norma-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055828 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list