CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120382|Reply: 1385

[Tempatan] Hukum fitnah zina #1301: 4 kesalahan Najihah dan cuman 2 kesalahan Hanafi - Nor Raihan - lawyer #1081 - Suami lafaz cerai lepas ‘kantoi’ curang dengan isteri

   Close [Copy link]
Post time 21-12-2021 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 26-12-2021 05:32 PM


Suami lafaz cerai lepas ‘kantoi’ curang dengan isteri
Oleh ALWANI ZAFIRAH 20 Disember 2021, 11:49 am

PETALING JAYA – Seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman.

Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.

“Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga.

“Jangan minta saya buang status ini dan ia bertujuan untuk mendapatkan keadilan untuk saya dan anak. Biarlah netizen nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

Tambah Najihah, bekas suaminya mula menghubunginya sejak tiga hari lepas untuk memohon maaf, tetapi dia masih belum dapat menerimanya dan menganggap perbuatan yang dilakukan sangat keji.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Moga kuat adik. Memang tak mudah. Moga adik beroleh kekuatan dan kesabaran,” kata Zahidah Hosman.

“Ya Allah, menggigil kita baca. Kuatnya awak Jiha. Semoga Allah permudahkan urusan awak anak beranak,” kata Afiqah Karim.

Allah uji orang yang mampu dan kalau bukan di dunia, akhirat pasti dia mendapat pembalasan setimpal. Semoga awak tabah dan dipermudahkan urusan bersama anak dan keluarga,” kata Amila Adzeem. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2021 08:49 AM | Show all posts
Mana si Najihah bengap ni sekarang ek? Dasar pengecut betul main delete-delete FB. Bila dah viral malukan keluarga baru nak meroyan menangis menonggeng. Konon di pihak yang benar lah sangat. Last last delete FB. Tak gentle langsung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2021 05:41 PM | Show all posts
Edited by Friska at 23-12-2021 06:02 PM
[/quote][quote]Isu Dr. Najihah - Dr. Hanafi - Raihan. Ketiga-tiga mereka merupakan penjawat awam.

Sebagai seorang pengamal undang-undang yang telah dan sedang mengendalikan kes-kes tatatertib terhadap penjawat awam, ini pendapat saya.
---------------
Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Di bawah Peraturan ini, perkara-perkara berikut merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib :-

(1) membelakangkan tugas awam demi kepentingan persendirian (Najiah)
[Peraturan 4(2)(a)]
(2) menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan tugas awam (Najihah)
[Peraturan 4(2)(b) dan (c)]
(3) mencemarkan nama perkhidmatan awam (Najihah) (Hanafi - Nor Raihan)
[Peraturan 4(2)(d)]
(4) membuat pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang memalukan jabatannya (kerajaan) (Najihah)
[Peraturan 19(1)(b)]
(5) didakwa dan disabitkan atas pertuduhan jenayah (termasuk kesalahan jenayah syariah) (Hanafi - Nor Raihan)
[Peraturan 28 dan Peraturan 29]

---------------
Apabila Dr. Najihah memviralkan di Facebook, video dan posting berkaitan hubungan sulit di antara Dr. Hanafi dengan Raihan, tindakan terburu-buru Dr. Najihah tersebut telah melanggar perkara (1), (2), (3) dan (4) di atas.

Tak kiralah apa pun sentimen netizen yang simpati dengan Dr. Najihah, Dr. Najihah tetap boleh dikenakan tindakan tatatertib.


---------------
Bagi Dr. Hanafi dan Raihan pula, jika pun betul mereka menjalinkan hubungan sulit, selagimana ia berlaku di luar waktu bekerja, tidak menjejaskan tugas awam mereka dan selagimana perbuatan mereka belum dilaporkan kepada Ketua Jabatan, mereka belum melakukan kesalahan tatatertib.

Tetapi apabila laporan sudah dibuat oleh Dr. Najihah kepada Ketua Jabatan di Klinik Kesihatan Endau, Dr. Hanafi dan Raihan boleh dianggap telah melanggar perkara (3) di atas.

Dr. Hanafi dan Raihan boleh dikenakan tindakan tatatertib.


Hubungan sulit tanpa pernikahan yang sah merupakan kesalahan jenayah syariah. Menceraikan isteri di luar mahkamah juga merupakan kesalahan jenayah syariah.

Sekiranya isu ini dibawa ke mahkamah syariah, dan sekiranya Dr. Hanafi dan Raihan kemudiannya disabitkan bersalah, maka kedua-dua mereka telah melanggar perkara (5) di atas.

Dr. Hanafi dan Raihan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

---------------

Apakah bentuk-bentuk hukuman tatatertib yang boleh dikenakan?

(A) amaran
(???? denda
(C) lucut hak emolumen
(D) tangguh pergerakan gaji
(E) turun gaji
(F) turun pangkat
(G) buang kerja
[Peraturan 38]

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes-kes tatatertib terhadap penjawat awam, biasanya apabila kakitangan awam ada pendakwaan jenayah (termasuklah kesalahan jenayah syariah), tindakan gantung kerja akan diambil.
[Peraturan 28 dan Peraturan 44(1)(a)]

Kemudian apabila kakitangan awam ada sabitan jenayah (termasuklah kesalahan jenayah syariah), tindakan buang kerja dan penamatan perkhidmatan akan diambil.
[Peraturan 29 dan Peraturan 45(1)(a)]




https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/4837833906278709
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2021 06:33 PM | Show all posts
Edited by Friska at 24-12-2021 06:58 PM
SUPPORT DR HANAFI. Ape perlu dimalukan suami, aibkan suami. Lelaki boleh nikah lebih satu. Selesai masalah cara baik. Tak perlu isteri hina aib suami.

maaf bagaimana kalau rakam video tujuan malukan suami. cuba sembang elok.

Curang ni lelaki atau wanita tetap berlaku. cuma cara tangani tak betul. viral dan aibkan suami utk apa? tak mahu selesaikan?

ada bukti rakam bawa ke mahkamah. bukan bawa ke TikTok dan FB. bukan selesai masalah pun. memalukan sendiri ada lah.

Jika Doktor Hanafi bertaubat nasuha bersama pasangan baru RaihanPPK, insyaAllah akan diampunkan tapi dosa kita yg mengumpat tentang Doktor Hanafi jika dia tak maafkan sampai akhirat kita tanggung. Udah2 lerr..

Jika salah tetap salah. Doktor Hanafi steady bercakap seolah-olah tak kantoi.

Sebaik² isteri dia akan tutup aib suami.

Jika si isteri tak suka pada suami boleh file cerai di Mahkamah cara elok.

Tengok muka Doktor Hanafi pun kesihan, tergamak isteri dia aibkan suami, org mcm Doktor Hanafi banyak org minat.

Maaf la cakap. Saya pun tak tau cerita sebenar. Tapi suami orang takkan cari yg lain kalau isteri kat rumah layan suami elok² sweet². Tengok video pun isteri macam angkuh je.




Nk cakap jugak la psal Dr hanafi ni .. tak kisah la lelaki boleh kawen 4 skali pun .. tp ini bukan caranya .. bukan jln mcm ni yg ko pilih bro .. utk wife dia pulak cuma silap 1 je .. dia viralkan suami dia .. sepatutnya bincang family korang je utk cari penyelesaiannya..kpd raihan congratulations you a winner ????????

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2021 10:39 PM | Show all posts
annehuda replied at 24-12-2021 10:12 PM
Pada pendpt aku ok je si najihah tu viralkan. Untung2 boleh dpt hak penjagaan anak penuh sebab dlm ...

Qazaf

Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Kuasa dan sekatan undang-undang
Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Akta Peraturan Mahkamah Syariah Seksyen 58 memberi kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan atau menghentikan prosiding. Pihak pendakwa adalah sebuah badan bebas dan boleh mendakwa, atau menarik balik tuduhan.Pihak pendakwaan bertanggungjawab mengemukakan bukti . Ada kemungkinan menyebabkan hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan dan keadilan yang sebenar.

Ketua pendakwa syarie mesti bersikap adil dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana dalam memberi penghakiman. Sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak, ia dilihat sebagai "satu maksiat".

https://ms.wikipedia.org/wiki/Qazaf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2021 11:05 PM | Show all posts
annehuda replied at 24-12-2021 10:47 PM
Hello kak dah ada whatsapp tukar-tukar cadar tu,tu pun boleh dijadikan bukti jugak. Resit beli kon ...

Menyabitkan kesalahan zina dan liwat
Nasrudin Hassan

Dikemaskini: 7:09 PM
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar [pengakuan] atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar [Pengakuan]

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”

Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.

Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”

Dia menjawab: “Tidak.”  Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”

Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”

Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”

Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”

Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”

Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.

Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”

Wanita itu menjawab: “Ya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: “Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu.” Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: “Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah.” Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu.”

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w.  [Abu Daud: Kitab al-Hudud]  “Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar.”

Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Ibn Majah: Kitab al-Talaq] : “Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa.”

Iqrar [pengakuan] dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma’iz bin Malik.

Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma’iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.


Saksi

Firman Allah [an-Nisa’: 15] yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”

Firman Allah lagi [an-Nur:4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi…”

Firman Allah lagi [an-Nur:13] yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat.

Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain [hearsay] juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani [atau ujian DNA] bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat [kekeliruan]. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat [kekeliruan].”

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Baligh, yakni cukup umur mukallaf
Berakal
Secara pilihan dengan tidak dipaksa
Mengetahui pengharaman zina dan liwat
Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
Berzina atau berliwat dengan manusia
Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

Secara sorih [berterus terang] dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan ‘awak bukan anak kepada si anu’ yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau ‘awak anak daripada hasil zina’ dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.


Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.

Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta’zir.

Islam, mengikut jumhur para ulama.

‘Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah [manusia] dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba [manusia], kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan [berwajib] maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf [Menuduh Zina atau Liwat]

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah [an-Nur: 4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.
Hukuman di Akhirat:

Firman Allah [an-Nur: 23-24] yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-12-2021 05:30 PM | Show all posts
Silah disimak, hukum nuduh orang berzina tanpa pembuktian


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2021 08:44 AM | Show all posts
Edited by Friska at 22-12-2021 10:15 AM



Karena yang punya FB udah delete FBnya gara-gara malu, saya copas kronologi kejadian
Sumber: Gara-gara ceraikan isteri depan skandal lepas kantoi curang, nama 'Hanafi' jadi perbualan ramai (beritaperak.com)

Seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman.

Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.

“Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga.

“Jangan minta saya buang status ini dan ia bertujuan untuk mendapatkan keadilan untuk saya dan anak. Biarlah netizen nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

Tambah Najihah, bekas suaminya mula menghubunginya sejak tiga hari lepas untuk memohon maaf, tetapi dia masih belum dapat menerimanya dan menganggap perbuatan yang dilakukan sangat keji.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Moga kuat adik. Memang tak mudah. Moga adik beroleh kekuatan dan kesabaran,” kata Zahidah Hosman.

“Ya Allah, menggigil kita baca. Kuatnya awak Jiha. Semoga Allah permudahkan urusan awak anak beranak,” kata Afiqah Karim.

Allah uji orang yang mampu dan kalau bukan di dunia, akhirat pasti dia mendapat pembalasan setimpal. Semoga awak tabah dan dipermudahkan urusan bersama anak dan keluarga,” kata Amila Adzeem.

Pengkhianatan dan keadilan

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Saya Najihah Othman bertanggungjawab terhadap penulisan dan posting saya. Pertama sekali saya berharap posting ini dapat menjawab persoalan dan mengelakkan fitnah dimasa akan datang. Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami (Hanafi) pada 5/12/2021 asbab orang ketiga. Seperti sebahagian orang tahu, saya merupakan doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan di selatan tanah air.

Pengkhianatan
2-3/12/21 (Khamis-Jumaat)

Aku kerja night shift hari ketiga berturut pada hari khamis malam. sepatutnya hari jumaat esoknya aku postcall lepastu cuti hari sabtu. Memandangkan aku PJJ dan suami menyewa di E**** sebab bertugas di Klinik kesihatan somewhere arah pantai timur. Aku nak spend weekend kat E****, buat slide CME masa weekend. Kebiasaanya suami akan bertolak balik rumah mak di PG khamis petang selepas waktu berkerja di KK pukul 3: 30 ptg. Tapi suami beralasan kata ada kerja nak buat dan dia kata akan jemput aku jumaat pagi esok.

Balik kerja 9 pagi, terus bergegas balik rumah mak, packing barang dan bertolak ke E****. Dalam perjalanan , Noya (anak aku) mengamuk nak phone untuk pengetahuan semua anak kami tidak di exposed dengan gadjet setiap hari. Jadi Hanafi bagi phone dia kepada aku dan kami duduk di seat belakang. Entah kenapa gerak hati nak check telefon hanafi. Nampak conversation mencurigakan . Ada perempuan nama PPK Raihan KK E**** whatsapp suruh hati hati and happy holiday subuh2 (time suami aku gerak dari E**** nak ke jb amek aku ngn noya). Pastu aku pun bukak lah gallery hanafi, penuh dengan selfie! even 3 kali sehari pun ada adoiyaaaii. Aku memang tahu hanafi bukan kaki selfie, even dia selfie awat tak bagi kat aku kannnn.

For sure lah kan kita jadi perempuan curious gila, sebab whatsapp tu takde conversation atas2, ttbe ada pmpn wish take care. so aku cepat2 screenshot and hntr kt fon aku bukti2 tu semua.

Sampai E****, aku sumpah ah barai teruk, rasa nak nangis, nak confront tp aku mcm terlalu letih, aku decide nak tido lelap mata jap, aku terbangun pukul 3.30 petang camtu.

Aku pun jumpa hanafi, tanya elok2 sape pmpn tu, reaksi dia memang tak bersalah dia, cakap tak tahu, kawan tempat kerja, pastu terus nak chow dari meja makan. (kalau tak salah, kenapa nak mengelak kan?)

disebabkan aku pun tak dapat jawapan dari laki aku, aku pun pergilah contact si Raihan ni. Tapi hampehhh dia bluetick. Aku siap ugut cakap aku boleh bawak isu ni ke FMS (Dr Pakar KK E**** ), Matron dan lain2 ke bahagian tatatertib. Tapi still bluetick. So sepanjang jumaat tu hanafi memang tak cakap sepatah kat aku, even x layan noya main pun.

3/12/21 (Sabtu)

Pagi sabtu tu, aku curi2 bukak phone hanafi, dokumen whatsapp images. Wow ada gmbr dating pukul 4 ptg 17/10/21, gambar beli C*ndom pukul 2 ptg hari yang sama. Jatuh jantung aku, terus aku tanya hanafi, tapi cam biasa buat bodoh ,buat2 tido kt sofa tak jawab persoalan aku. Masa tu aku tahu jauhhhh dah laki aku pergi. Aku tenangkan hati bawak anak aku keluar depan rumah jalan2, aku perhati ada satu jiran pandang pelik je kat aku (aku dah tak sedap hati, rasamcm laki aku ada bwk orang lain ke smpai jiran tu pandang aku pelik-maybe fizikal kami tak sama)

Hanafi hantar aku ngn noya balik rumah mak ayah semula (ktorang kan PJJ) kt JB. Masa dalam kereta memang membatu, aku duduk belakang, sungguh aku jijik nak duduk seat depan, sebagai isteri aku dapat rasakan ada perempuan lain amek hak aku, duduk tempat aku… sampai rumah mak ayah, bincang berempat mana hala tuju kami, both decided tak nak teruskan pun. Dia tipu kata kenal 3minggu , tapi aku terus selar pasal gambar c*ndom yang dibeli. Tapi hanafi tidak menidakkan, hanya diam kosong. Ayah pun cakap dosa besar tuduh orang berzin@ kalau takde bukti. Kat sini aku amek emergency leave ahad dan isnin.

Disebab kan takde siapa dapat percaya (you know laki aku ni baik orang nya dimata manusia) aku nekad amek EL and pergi E**** esok . Takde sape tahu aku amek cuti dua hari kecuali adik aku ika, sebab aku nak at least ada orang tahu kemana keberadaan aku.

4/12/21 (Ahad)

seawal 5:30 pagi aku dah bangun (lewat jugak ni,kalau hari bekerja aku bangun 4-4:30pagi), pukul 5:30 ada kt hospital buat AM review. Lepas bangun, buatkan anak susu, steril kan botol susu, tukar pampers sebelum keluar rumah. Masa tengok anak aku menyusu aku menangis, aku kata ngan anak aku, mama akan fight untuk noya. Apa lah dosa anak aku sampai kami dikhianati macam ni. So acah lah keluar rumah lepas subuh tergopoh gapah macam dah lewat nak p kerja (depan mak ayah).

Sepanjang nak ke e**** 3 jam tu hujan lebat, seperti mana air mata aku. Penuh persoalan kenapa aku, apa kurangnya aku, apa je aku tak korban kan utk perkahwinan kami, kami susah senang sama2. Yang paling aku sedih, macam mana aku nak support emosi anak aku yang akan membesar tanpa kasih sayang ayah.

9:30 pagi aku tiba di KK tempat suami berkerja, Laju aku atur langkah mencari dimana pejabat matron dan aku disambut mesra oleh matron K. Aku perkenalkan diri dan memberitahu hajat. Matron memang terperanjat, “Eh satu KK tahu Dr Hanafi tu kan dah kahwin, ada anak” aku pun tunjuk bukti , matron terkejut dan minta izin aku utk panggil sekali FMS masuk. Dan FMS pun masuk, dan adalah beberapa isu kantoi dengan FMS, contohnya suami aku ada amek EL kata nya sbb anak aku sakit (yup memang anak aku sakit, and aku tengah tagging NICU masa tu, tapi suami aku xde balik pun) tak habis tipu ada audit la, banyak kerja la apa la.

Kemudian aku mengatakan hajat untuk jumpa Noor Raihan, Matron setuju. Aku tunggu dalam bilik matron. Terkejut lah Raihan bila pintu bilik matron ditutup masa dia masuk (aku menyorok belakang pintu), aku cakap Hai saya Najihah, Wife Hanafi. Terus dia mcm “Oh” ngan muka pucat terkejut.

Setelah soal jawab 20min , terjawablah semua persoalan dan pengakuan yang mereka beberapa kali terlanjur , aku saje trapped perempuan tu cakap, “hanafi kata 3 kali, dia kata iya, tapi 1st time, 2nd time x igt, yang dia ingat latest khamis).So aku suspect ni dah lebih 3 kali tapi pmpn tu setujukan aje apa yg hanafi ckp ngn aku, padahal dia tak tahu aku saje tipu cakap 3 kali. paling sedihnya diorang buat atas katil kami, dirumah sewa suami. Allahu kau amek suami aku, sungguh takde hati , akal ke khianati aku mcm tu sekali hanafi?raihan?

Hina sungguh aku sebagai isteri.

Kau tipu aku hidup2 kata ada kerja, aku percaya. Rupanya khamis malam tak balik, sebab buat kerja tak senonoh. Semua pengakuan aku rekod, bersaksi kan matron masa tu. Mula2 dia kata nak bincang berdua, aku cakap “No,ni isu melibatkan KK E****, awak and hanafi dua2 kerja sini, sebab tu saya cari matron, saya tak membelakangkan tuan rumah” ikutkan hati aku nak aje aku serang jerit kuat2 dari luar KK maki hamun penyondol ni tapi aku ni takde lah tak bertamadun and I’m professional.

Then sambil nangis2 si Raihan kata nak penjelasan laki aku, aku cakap aku pun xtahu dia kat mana. Aku cakap haaa kau call la, sebab aku pun baru tahu yang laki aku masa tu amek EL.

Masa call Raihan loudspeaker,kata ada benda nak bincang sikit, laki aku cakap “ok lah datang rumah”

Jeng jeng jeng, Aku bawak raihan p rumah sewa laki aku pastu aku park kereta sorok sikit. Aku suruh raihan turun dulu, aku nak jugak tengok sejauh mana, laki aku bawak masuk pmpn tu ke atau bincang luar pagar.

Selepas dalam 5min, aku x nyabar aku turun, aku ambush masuk rumah laki aku yg kebetulan grill and pagar luar tak kunci, dorang berdua duduk ruang tamu. So aku rakam la, kat situ suami aku dengan tenang menceraikan aku talak satu depan perempuan tu. Dengan muka tak serbasalah, takde rasa mcm nak minta maaf ke dia boleh cakap ‘settle dah’. hahaha lols so aku angkut pmpn tu balik and hantar balik KK. Pmpn tu kata boleh tak sebelum hantar dia balik KK, dia nak cakap hati ke hati ngan aku , dia minta aku drive g penyabong. So dapat lah curah hati ke hati. Banyak aku tahu penipuan hanafi lepas tu.

Sejujur nya aku sangat bangga dengan diri aku, setitis air mata pun tak tumpah masa aku drive balik , aku rasa otak aku lapang, semua “kenapa, kenapa,mana kurangnya aku bla bla” hilang, apling penting aku cakap ngan diri aku, Aku ikhlas semua ni terjadi.Tapi sakit tu masih ada, takkan aku lupa sampai bila2,.

Sampai PG pukul 4 ptg, Anak aku dah ada depan pintu, Aku peluk noya kuat2, masa tu aku sedar realiti sekarang aku lah mak, aku lah ayah.

Time ni aku declare ngan mak ayah yang terkejut aku balik awal. aku cakap aku dari E**** dan aku actually tak pergi kerja pun harini, Mak ayah terkejut yang dia dah ceraikan aku tapi dorang kata aku sangat tabah

5/12/21 (Isnin)

Daftar cerai kat pejabat agama, aku nak buat aduan yang kes menyundal ni, tapi nasihat dari orang tu, kena masuk mahkamah sahkan cerai, masuk mahkamah lagi fight untuk hak penjagaan anak then baru proceed yang “lain2′. Aku rasa helpless. Aku g pejabat penguatkuasa, bagi aduan tapi pegawai cakap kena buat intipan, kalau terjadi khalwat baru boleh disabitkan even aku ada bukti2 kukuh yng mereka berdua dah buat bukan2. Aku dah tanya peguam, pun macam kes ni tak memihak pada aku.

6/12/21 (Selasa)

Aku buat surat tatatertib aduan salahlaku kat tempat kerja lagi2 dua ketul ni penjawat awam, Tapi reply yang aku dapat no action, sebab itu isu peribadi, tak effect tugasan.

So aku serahkan netizen untuk menilai kes ni. Aku harap keadilan akan tertegak, Untuk anak aku dan aku. Even bekas suami wsp ckp sorry dua hari lepas, still dunia akhirat aku tak dapat maafkan mereka, Semoga Allah laknat mereka berdua

Post ni terutamanya untuk bekas suami aku, Muhammad Hanafi, untuk rasa sakit yang kau bagi untuk aku rasa hari2, pengkhianatan yang membuatkan tidur malam aku tidak lagi lena dan anak yang kau tinggalkan untuk seorang perempuan murah.

Terlajak perahu bisa diundur, terlajak kata buruk padahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2021 08:46 AM | Show all posts
Edited by Friska at 22-12-2021 10:09 AM



Hamam Hamim
Larangan Mendedahkan Keaiban Pasangan
========

1. Perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Namun, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Rasulullah mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya.

2. Namun, sekiranya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, maka sekiranya boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang baik. Sekiranya tidak, mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik. Pendedahan di media sosial bukanlah jalannya.

3. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

4. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

5. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)

6. Dalam sebuah insiden yang lain, seorang wanita pernah datang dan mendedahkan kepada Rasulullah bahawa dia telah berzina. Rasulullah meminta wanita tersebut pulang dan memikirkan kembali pendedahan tersebut. Ini kerana, Allah masih membuka ruang taubat untuk kembali kepadaNya.

7. Namun sekiranya kesalahan tersebut telah sabit, maka selesaikanlah dengan pihak berautoriti seperti mana yang digariskan dalam syariat Islam. Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial.

Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:49 AM | Show all posts
Terus lafaz cerai dan cakap settle....semudah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:49 AM | Show all posts
macam2x hal.. but go go dr najihah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2021 08:51 AM | Show all posts
Lagi heboh dalam group Whatsapp
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Camne muka dua ekor ni tebal namatey gi keje semua orang pandang sinis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 08:57 AM | Show all posts
ni ke cerita hanafi yg tgh viral tu. knapa la hanafi tak hanyut dibawa arus banjir tempoh hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2021 09:02 AM | Show all posts
Edited by Friska at 21-12-2021 11:07 AM

Menurut pandangan saya, kedua-duanya punya kesalahan. Pertama-tama, poligami itu halal, ini fakta. Kedua , bisa jadi ada kekurangan si istri sehingga suami mencari kasih sayang sama wanita lain. Kalo diliat dari video, si istri keliatan agresif dan dominan, ketimbang suami keliatan tenang dan sabar. Akibat dilabrak pakai video, suami bersikap tegas dan melafazkan cerai talak satu (indikator seorang yang masih mampu menahan emosinya). Ketiga, kesalahan suami adalah tidak segera menikah sama WIL (wanita idaman lain), bisa jadi karena takut sama istri.



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:03 AM | Show all posts
since KKm pun tak leh buat ape kan.. so tgk la takat mana diri sendiri boleh bertahan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk ni smlm, ada yg share kat fb
Tunjuk kat laki aku, mai tgk muka laki tu, dia kata
Terus huh bila tgk video lafaz cerai tu
Rupa & tindakakan seiringan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:09 AM | Show all posts
mesti tebal gila muka pergi office. harap kesihatan mental diorang bertahan setelah menyakitkan hati yang lain.

kifarah itu real.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong je dia ceraiakn bini dia kira endgame

Malu dh 1 mlaysia nk buat pe lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 21-12-2021 10:04 AM
Friska replied at 21-12-2021 09:02 AM
Menurut pandangan saya, kedua-duanya punya kesalahan. Pertama-tama, poligami itu halal, ini fakta. K ...


Diorang pjj, sama2 doktor
Laki skandal dgn ppk (bkn nurse) siap tido skali pun ko nak bela ke
Oh lupa sama species, pencaras laki org
Mmg la nak bela kaum khennn
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Poligami tu memang halal tapi yg kecoh tu si suami ie doktor hanafi tu berskandal Dan disahkan dengan pengakuan terlanjurnya oleh skandal.
Mangsa( najihah) boleh report atas gangguan pihak ketiga (skandal) dlm rumahtangga mereka. ..go girl saman si birah nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:17 AM | Show all posts
becir replied at 21-12-2021 08:56 AM
Camne muka dua ekor ni tebal namatey gi keje semua orang pandang sinis...





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bagusla dua2 takde bullshit. sorang cerai on the spot, sorang takde meleweh apa salah ai kenapa u pilih dia yada yada yada.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:19 AM | Show all posts
this is not about poligami..ni kes curang ..dh terebukti betina muka xde perassan tu pun mengaku.. vavee btl menyondol.. kalau btl nak..gi nikah cpt2 la.. unt jihah..u go gurl.. semoga lbh bahagia lps ini.,unt yg kantoi tu..hadapla dgn tindakan drp KKM..vaveee
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by airmineral at 21-12-2021 09:23 AM
Friska replied at 21-12-2021 09:02 AM
Menurut pandangan saya, kedua-duanya punya kesalahan. Pertama-tama, poligami itu halal, ini fakta. K ...


silap besar laki dia ni
da tau boleh poligami buat apa nak berzina?
lepastu nak salahkan bini dia pulak suruh cermin diri?  padahal laki dia perkotak katikkan agama
xyah simpan la laki camni

kalau buat cara elok, mungkin endingnya xmacamni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajukntah hapa2
Kantoi curang dgn isteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.129576 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list