CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 1

[Pulau Pinang] Beroperasi menjijikkan, kilang kicap 100 tahun diarah tutup

[Copy link]
Post time 20-12-2021 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Beroperasi menjijikkan, kilang kicap 100 tahun diarah tutup
| | 20 Disember 2021


Mohd Wazir menunjukkan tempat penyimpanan kicap yang diletakkan ditempat tidak sesuai.


GEORGETOWN - Sebuah kilang memproses kicap berusia lebih 100 tahun di sini diarah tutup selepas beroperasi dalam keadaan menjijikkan yang boleh mengundang risiko terhadap produk makanan dikeluarkan.


Ketua Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid berkata, kilang yang turut memproses taucu dan kuah rojak itu tidak diselenggara dengan baik apabila pihaknya menemui najis tikus dan lipas dalam premis berkenaan.


Menurutnya, lebih meloyakan apabila pihaknya mendapati tempat mengisar cili dan memproses makanan dalam premis itu terletak hanya bersebelahan dengan tandas.


"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita bimbang air di tandas berkenaan terpercik ke dalam pengisar cili berkenaan sekali gus boleh menyebabkan keracunan akibat bakteria e-coli.


"Pencemaran silang boleh berlaku dan ia akan mendatangkan risiko pengguna sekiranya menggunakan produk makanan yang telah tercemar," katanya ketika ditemui media dalam Ops Bersih yang diadakan di sini pada Isnin.


Mohd Wazir berkata, dalam pemeriksaan yang dilakukan pihaknya mendapati kilang yang diwarisi turun temurun ini masih menggunakan peralatan lama yang telah rosak dan reput seperti bekas gentian kaca bagi memerap kacang soya.


Katanya, penggunaan bekas itu dibimbangi boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan terhadap bahan makanan.


Selain itu, beliau berkata, turut dikesan kesalahan penyimpanan produk makanan yang hanya diletakkan di atas lantai dan tempat tidak sesuai yang mungkin boleh tercemar dengan kotoran.


"Kilang ini pernah diserbu tahun lalu malah peringatan telah diberikan mengenai pematuhan aspek kebersihan, namun pemeriksaan yang dibuat hari ini mendapati keadaan masih sama.


"Disebabkan itu, sebanyak tiga kompaun telah dikeluarkan termasuk tindakan penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -tahun-diarah-tutup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 09:13 AM | Show all posts
Jenama apa lah tu agaknya ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.596278 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list