CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empangan Pulau Pinang cukup untuk hadapi kemarau pertama 2022

[Copy link]
Post time 20-12-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Empangan Pulau Pinang cukup untuk hadapi kemarau pertama 2022
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 20 Disember 2021


Empangan Teluk Bahang telah pulih dan mencapai paad tahap sihat.


GEORGETOWN - Kapasiti efektif tiga empangan utama di Pulau Pinang telah mencapai tahap sihat menjelang musim kemarau 2022.


Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, faktor utama tiga empangan terbabit kekal stabil adalah disebabkan jumlah hujan yang tinggi di kawasan tadahan air empangan, sejak enam bulan lalu.


Menurut beliau, fenomena ini membuktikan bahawa hujan adalah faktor utama untuk mengisi semula empangan Pulau Pinang ke tahap yang sihat.


"Status empangan semasa juga mencerminkan hakikat bahawa tiada yang salah dengan empangan dan kawasan tadahan air Pulau Pinang.


"Dari sudut kejuruteraan bekalan air, Empangan Teluk Bahang telah pulih pada Disember, manakala Empangan Air Itam telah diisi semula ke paras selamat tepat pada masanya.


"Tidak seperti Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang yang menjadi kegunaan harian, Empangan Mengkuang berfungsi sebagai rizab strategik kemarau," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Jaseni berkata, PBAPP menggunakan rizabnya ketika musim kemarau apabila ia tidak dapat mengambil air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda dan apabila kapasiti empangan hampir mencecah 100 peratus.


"Empangan Pulau Pinang dalam keadaan yang agak baik ketika kita bersedia untuk musim kemarau pertama 2022, yang dijangka bermula pada Januari.


"Bagaimanapun, disebabkan perubahan iklim, ketibaan musim hujan pertama 2022 untuk mengisi semula empangan (selepas musim kemarau) mungkin tidak lagi dapat diramalkan dengan baik," katanya.


Mengulas lanjut Jaseni menjelaskan, PBAPP akan terus merancang untuk memastikan bekalan air mencukupi pada tahun 2022.


Sehubungan itu, pihaknya akan terus memantau hujan, kapasiti efektif empangan dan paras air Sungai Muda setiap hari.


"Kami juga akan melaksanakan bekalan air kawalan cuaca kering mulai Januari 2022.


"PBAPP menggalakkan semua pengguna air Pulau Pinang supaya menggunakan air secara bijak,"katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... emarau-pertama-2022
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055825 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list