CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 0

[Kedah] Campak 695kg daun ketum ke laut

[Copy link]
Post time 13-12-2021 11:14 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Maritim Malaysia menunjukkan daun ketum yang dirampas. FOTO ihsan Maritim Malaysia

Langkawi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis mematahkan cubaan menyeludup 695 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM125,000 yang dicampakkan ke laut di Pulau Tanjung Dendang di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, operasi dilakukan sepasukan anggota Maritim Malaysia pada jam 3.30 pagi.

"Kejadian bermula dengan pengesanan ke atas sebuah bot yang dinaiki suspek sedang bergerak menghala ke negara jiran dalam keadaan gelap dan mencurigakan.

"Berikutan itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang dalam rondaan rutin diatur gerak ke lokasi untuk melakukan serbuan dan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, menyedari kehadiran pihak berkuasa, tekong bot bertindak memecut laju ke arah perairan sempadan negara untuk meloloskan diri dan pada masa sama mencampak bungkusan plastik ke laut.

"Susulan itu, pemeriksaan menemukan 57 bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 695 kg dengan anggaran nilai RM125,000.

"Kesemua daun ketum itu dipercayai cuba diseludup suspek keluar ke negara jiran menerusi jalan laut," katanya.

Beliau berkata, harga pasaran daun ketum mencecah RM180 sekilogram di negara jiran dilihat menjadi faktor pendorong kepada aktiviti ini, selain upah penghantaran lumayan di antara RM350 dan RM800.

"Semua hasil rampasan telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.551724 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list