CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 0

[Kedah] RM100 juta diperlukan atasi banjir di Baling

[Copy link]
Post time 13-12-2021 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Abdul Azeez (tengah) bersama Dr Mohd Hayati (kiri) meninjau gotong-royong pada Program Gotong-Royong Perdana Pasca Banjir Daerah Baling Peralihan Monsun Timur Laut Peringkat Daerah Baling di Surau Kampung Bukit, Kuala Kuang, mukim Kupang pada Ahad.

BALING - Kira-kira RM100 juta peruntukan diperlukan bagi melakukan kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai dalam usaha memastikan banjir yang melanda daerah itu sehingga merosakkan banyak infrastruktur dapat diatasi.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, permohonan telah dikemukakan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengatasi isu berkenaan.

Menurutnya, peruntukan berkenaan diperlukan selepas melihat kemusnahan yang berlaku di Baling sepanjang tahun sehingga menyebabkan kerosakan infrastruktur termasuklah jambatan, titi, jalan, tebing,pembetungan dan kediaman awam.

"Sebelum ini, kerja-kerja melebarkan kawasan sungai dan anak-anak sungai sepanjang 49 kilometer (km) telah dilaksanakan serta akan diperluaskan lagi usaha berkenaan lebih kurang 90 km termasuk di daerah Sik.

"Pejabat Ahli Parlimen Baling telah membelanjakan sebanyak RM278,000 menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyewa jentolak dan jengkaut bagi melakukan kerja-kerja mendalam dan melebar 49 km sungai selama 37 hari," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Gotong-Royong Perdana Pasca Banjir Daerah Baling Peralihan Monsun Timur Laut Peringkat Daerah Baling di Surau Kampung Bukit, Kuala Kuang, mukim Kupang, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad dan Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

Disebabkan itu, beliau menjelaskan sebanyak RM100 juta lagi diperlukan bagi membolehkan kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai sejauh 90 km dan 200 anak sungai boleh dilakukan.

Abdul Azeez memberitahu peruntukan yang dimohon itu dijangka diperoleh pada tahun depan dan masalah banjir di Baling dapat diselesaikan selepas menerima peruntukan tersebut.

Sementara itu, Dr Mohd Hayati yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata, daerah Baling telah dilanda banjir selama tiga kali berturut-turut pada penghujung September, Oktober dan awal November lalu.

Beliau memberitahu, bencana banjir yang dipercayai terburuk sejak tahun 2010 itu berpunca akibat proses peralihan Monsun Timur Laut sehingga menyebabkan banyak kawasan yang terjejas.

"Walaupun tiada kehilangan nyawa yang dilaporkan, namun banjir berkenaan memberi kesan kepada infrastruktur awam dan penempatan penduduk yang sangat ketara. Banyak infrastruktur awam yang terjejas dan memerlukan pembaikan segera," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh perlaksanaan program gotong-royong seumpama ini kerana ia bukan hanya mengeratkan silaturahim namun turut memupuk semangat cintakan kebersihan dalam usaha memulihara sistem pengairan di Baling yang dipercayai menjadi punca utama kejadian banjir kerap berlaku.

Dr Mohd Hayati berkata, usaha murni dilaksanakan ini diharapkan dapat mengatasi masalah banjir malah mewujudkan kawasan persekitaran dan penempatan yang bersih serta selamat.

Pegawai Daerah Baling, Mohamad Shahadan Abdullah memaklumkan banjir tahun ini adalah terburuk dalam sejarah 10 tahun telah menyebabkan kerugian mencecah RM20 juta akibat kerosakan 150 kemudahan awam dan 14 kediaman awam.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... si-banjir-di-Baling
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057592 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list