CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Friska

[Jenayah] Update: Buli pelajar India di MRSM Sultan Azlan Shah, 6 pelajar ditahan polis #33

  [Copy link]
Post time 10-12-2021 02:22 PM | Show all posts
holothurian replied at 10-12-2021 01:46 PM
MRSM Sultan Azlan Shah katanya

FB depa dah kene attack... wpon sendu attacknyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh claim. Anak saya Tak buat Itu. Celaka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa ikut perangai bapak, kaki buli jugak or kayangan.. didik mcm anak raja kalau lelaki..

Lepas tu yang lain lg rela join pembuli sbb takut kne buli..
Xde la nak bekap mangsa ke apa..

  
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
biasanya...biasanya la... Separuh dr perangai tu diwarisi dr mak pak... Sbb tu mak pak kena jg attitude spy x menurun kt anak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 10-12-2021 12:16 PM
ini lah hasil anak2 dari mak pak yang beranak bebanyak tapi tak reti didik anak.... sorry to say, da ...

Setuju... Peel mak bapak pun main peranan. Mungkin mak bapak kaki pembuli juga.. Who knows... Peel tu menurun kat anak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangkuk tandas betul la perangai pembuli2 ni,moga polis ambil tindakan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak anak setan maner nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 10-12-2021 02:22 PM
FB depa dah kene attack... wpon sendu attacknyer

Sendu sbb admin dh off comment awal2 dh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 10-12-2021 12:16 PM
ini lah hasil anak2 dari mak pak yang beranak bebanyak tapi tak reti didik anak.... sorry to say, da ...

Setuju..  Didikan mak bapak sedari kecik...
Dari kecik kalau anak buat nakal,  kita tanya dia apa awak dapat dengan buat begitu?  
Soalan tu simple tapi kita mengajak dia berfikir elok ke tidak kelakuan dia.
Bila dia membesar,  berfikir sebelum buat sesuatu dah jadi habit anak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 12:48 AM | Show all posts
Kes buli: Polis tahan empat pelajar
Oleh Zahratulhayat Mat Arif - Disember 11, 2021 @ 12:23am

IPOH: Polis menahan empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, hari ini berkaitan kes buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata semua pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam.

"Kita menahan empat pelajar untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis sudah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit dalam kejadian buli secara kekerasan seperti rakaman video tular di media sosial termasuk pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin (9 Disember) membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes itu daripada pengetua sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi berikutan daripada tularnya rakaman video insiden berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas warganet.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulayu pukul Mulayu, non-Bumiputera tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah masa university 20% jahat2 budak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2021 12:17 PM | Show all posts


Dakwaan buli: Dua lagi pelajar ditahan
Abd Razak Mohd Ali
Disember 11, 2021 09:13 MYT

IPOH: Dua lagi pelajar yang dipercayai terlibat dalam kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, yang videonya tular, ditahan malam tadi.

Dengan penahanan itu, menjadikan enam pelajar ditahan setakat ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua pelajar itu ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.

“Setakat ini enam pelajar telah ditahan dan masih dalam tahanan,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Pada Jumaat, empat pelajar yang dipercayai menjadi suspek utama kes buli itu diditahan polis.

Menurut Mior Faridalathrash, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir ke IPD Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam tadi.

“Empat pelajar telah ditahan petang tadi (Jumaat) untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum itu, Mior Faridalathrash berkata, tujuh remaja bersama seorang mangsa, kesemuanya berusia 13 tahun dikenal pasti terlibat dalam kes berkenaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2021 12:20 PM | Show all posts
Edited by Friska at 11-12-2021 06:09 PM








Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 11-12-2021 12:48 AM
Kes buli: Polis tahan empat pelajar
Oleh Zahratulhayat Mat Arif - Disember 11, 2021 @ 12:23am


Form 1 buli form 1....
Famous la korg ..semoga masuk henry gurney ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 11-12-2021 12:20 PM

Patut la form1 pun nk jd pembuli..rupa2nya buli budak india.
Jgn nnt rmh korg sekor2 kna serang udah la ye..takut aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ckit jd mknan yg byk ..patutnya proportion kaum kat sbp klu dibenarkan...biarlah seimbang...melayu ramai buli india yg sedikit bil..begitu juga india ramai buli melayu yg sedikit...cina biasa x kacau sgt unless kau kacau kawasan dia.dan periuk nasi dia..so next time klu nak wujudkan perpaduan..seimbangkan bil komposisi kaum
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 02:24 PM | Show all posts
dah besar nanti boleh ambil alih jawatan @lurkingaround ganti arwah dizekni dan yang sewaktu dalam porum dekk


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 02:28 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 11-12-2021 12:57 AM
Mulayu pukul Mulayu, non-Bumiputera tepuk tangan

mana ada melayu pukul melayu. ini melayu yang selama hidup tak pernah tau wujud bangsa lain jumpa sorang terus nak membelasah. elok lah dijadikan species terancam biar cepat pupus.


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 02:32 PM | Show all posts
Buli: Enam pelajar MRSM digantung sekolah dua minggu
ROSHILA MURNI ROSLI | | 11 Disember 2021


PADANG TERAP - [DIKEMASKINI] Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak yang terlibat dalam kes buli digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi berkenaan.

Katanya, JDM telah mengambil langkah awal dengan memanggil keseluruhan 10 pelajar tingkatan satu hingga tiga yang terlibat dengan insiden berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terlibat memukul mangsa, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka pada Sabtu.

Menurutnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"MARA juga mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

"Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.

"Tetapi masih juga berlaku kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan terbabit," katanya.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis berdasarkan siasatan luaran.

"Apa keputusan polis terserah kepada polis, kita putuskan urusan secara dalaman sahaja," katanya.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menambah, pengambilan pelajar ke MRSM pada ketika ini berjalan mengikut prosedur sedia ada.

" Kejadian ini berpunca daripada emosi anak- anak muda, kalau baca report (laporan) penuh tu lebih kepada emosi kemarahan," katanya.

Pada Jumaat, Polis menahan enam suspek kes buli yang didakwa berlaku di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial Khamis lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira jam 6 petang.

Pada Khamis, tular video berdurasi 13 hingga 30 saat memaparkan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Susulan itu, pihak polis memanggil kesemua pelajar terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.364109 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list