View: 4117|Reply: 59
|
[Dunia]
Tentera Sulu rancang serang Sabah tahun depan
[Copy link]
|
|
Tentera Sulu rancang serang Sabah tahun depan
https://www.utusan.com.my/luar-n ... -sabah-tahun-depan/
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
9 Disember 2021, 5:25 pm
MANILA: Tentera Sulu didakwa mahu menyerang Sabah, Februari 2022, dengan 19 Datuk Bandar di selatan Filipina mengadakan mesyuarat secara rahsia.
Menerusi mesyuarat yang diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan itu, 11 daripadanya bersetuju merekrut 600 Tentera Diraja Sulu bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Sumber memberitahu South China Morning Post, tentera Sulu turut merancang untuk menghantar 200 pengintip menyusup ke beberapa kawasan di Sabah.
Katanya, sasaran utama mereka adalah dua bandar pantai utama di Lahad Datu dan Semporna.
Sumber yang merupakan seorang pegawai kanan keselamatan mendedahkan mesyuarat itu diadakan 1 Disember lalu.
“Rancangan itu berpotensi dilaksanakan bergantung berapa banyak sokongan politik dan dana yang boleh diperoleh dari pelbagai parti.
“Banyak pemegang taruh di Filipina dan dari luar sanggup mengeksploitasi isu ini demi kepentingan strategi politik mereka,” katanya.
Sumber memaklumkan Februari 2022 adalah masa terbaik untuk mereka menceroboh Lahad Datu bagi memperingati peristiwa pencerobohan pada 2013.
“Setiap datuk bandar dijangka akan membekalkan seramai 50 lelaki yang berani bertempur dan mempunyai kemahiran.
“Kos peluru dan logistik lain akan ditanggung oleh pegawai tinggi yang turut berjanji akan menyumbang 500,000 peso (RM42,000) untuk membina 100 bot laju yang akan digunakan ketika menyerang Sabah,” dedahnya.
Menurut sumber itu, pegawai tempatan dipercayai telah membekalkan 500 senjata api kepada wakil tempatan di Sulu yang kemudiannya akan mengagihkannya kepada anggota tentera.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tentera di raja sulu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Kensel serang pasal plan dah bocor |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu nk tgk gak kehebatan esscom
Dulu aku pernah borak dgn SB yg face to face
Jumpa tentera sulu nie
Dia cakap sarawak ranger masuk pun x berkesan lawan askar sulu nie
Last masuk askar baru selesai |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 9-12-2021 06:58 PM
Ok lah tu nk tgk gak kehebatan esscom
Dulu aku pernah borak dgn SB yg face to face
Jumpa tentera sul ...
eh..sarawak ada 'tentera/unit khas' mereka sendiri ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
dah plan nak ke sabah tahun depan .. alaaaa nak kena serang pulak dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 9-12-2021 07:04 PM
eh..sarawak ada 'tentera/unit khas' mereka sendiri ke???
Aku pun xpasti cuma dia cakap kapak terbang kne kt askar sulu tu tpi x lut |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 9-12-2021 07:24 PM
Aku pun xpasti cuma dia cakap kapak terbang kne kt askar sulu tu tpi x lut
Adakah Sarawak Ranger ni seperti Kanang anak Langkau tu? |
|
|
|
|
|
|
|
yang masa esscom turun sana dulu tu, pasal ni juga kan? mana entah benang tu dulu. Meols tak join pon. |
|
|
|
|
|
|
|
dpt lah melanjutkan lagi umur esscom di sabah |
|
|
|
|
|
|
|
Sape sponsor kat sulu tu? China kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu replied at 9-12-2021 07:41 PM
Adakah Sarawak Ranger ni seperti Kanang anak Langkau tu?
Sarawak ranger kan dah serap masuk dalam Rejimen Ranger Diraja..
Aku rasa yg dimaksudkan itu adalah Tiger Platoon PGA.. unit khas PGA sarawak..
Sama mcm VAT69 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 9-12-2021 09:47 PM
Malaysia ni betul2 aman masa mat sabu jadi menteri pertahanan je,xde sape yg berani ceroboh..dapat kat mail sabri dgn hisapmuddin sume hancurr..
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 9-12-2021 06:58 PM
Ok lah tu nk tgk gak kehebatan esscom
Dulu aku pernah borak dgn SB yg face to face
Jumpa tentera sul ...
Esscom tu tak guna bang.
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 9-12-2021 07:24 PM
Aku pun xpasti cuma dia cakap kapak terbang kne kt askar sulu tu tpi x lut
Apa dorang avengers ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 10-12-2021 06:27 AM
Apa dorang avengers ke?
Kebal diaorg penuh dengan tangkal
Lgipun diaorg dh biasa berperang |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 10-12-2021 06:05 AM
Esscom tu tak guna bang.
Jgn begitu dh pelancongan sektor penting sabah |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 10-12-2021 07:19 AM
Kebal diaorg penuh dengan tangkal
Lgipun diaorg dh biasa berperang
Nak harapkan polis yang ibarat ayam karan @ ayam piara ini mahu lawan mereka, memang kirim salam saja la. Sebab itu habis kena ambush kena sembelih masa di Simunul dulu. Pakcik aku yang bertugas kat balai Semporna masa tu pun ngaku polis memang lembik takleh lawan meka sebab meka dah biasa berperang. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 10-12-2021 07:19 AM
Jgn begitu dh pelancongan sektor penting sabah
Esscom tu antara penjawat awam yang makan gaji buta bagi aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|