CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 2935|Reply: 59

[Dunia] Tentera Sulu rancang serang Sabah tahun depan

  [Copy link]
Post time 9-12-2021 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Tentera Sulu rancang serang Sabah tahun depan

https://www.utusan.com.my/luar-n ... -sabah-tahun-depan/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
9 Disember 2021, 5:25 pm



MANILA: Tentera Sulu didakwa mahu menyerang Sabah, Februari 2022, dengan 19 Datuk Bandar di selatan Filipina mengadakan mesyuarat secara rahsia.

Menerusi mesyuarat yang diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan itu, 11 daripadanya bersetuju merekrut 600 Tentera Diraja Sulu bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sumber memberitahu South China Morning Post, tentera Sulu turut merancang untuk menghantar 200 pengintip menyusup ke beberapa kawasan di Sabah.

Katanya, sasaran utama mereka adalah dua bandar pantai utama di Lahad Datu dan Semporna.

Sumber yang merupakan seorang pegawai kanan keselamatan mendedahkan mesyuarat itu diadakan 1 Disember lalu.

“Rancangan itu berpotensi dilaksanakan bergantung berapa banyak sokongan politik dan dana yang boleh diperoleh dari pelbagai parti.

“Banyak pemegang taruh di Filipina dan dari luar sanggup mengeksploitasi isu ini demi kepentingan strategi politik mereka,” katanya.

Sumber memaklumkan Februari 2022 adalah masa terbaik untuk mereka menceroboh Lahad Datu bagi memperingati peristiwa pencerobohan pada 2013.

“Setiap datuk bandar dijangka akan membekalkan seramai 50 lelaki yang berani bertempur dan mempunyai kemahiran.

“Kos peluru dan logistik lain akan ditanggung oleh pegawai tinggi yang turut berjanji akan menyumbang 500,000 peso (RM42,000) untuk membina 100 bot laju yang akan digunakan ketika menyerang Sabah,” dedahnya.

Menurut sumber itu, pegawai tempatan dipercayai telah membekalkan 500 senjata api kepada wakil tempatan di Sulu yang kemudiannya akan mengagihkannya kepada anggota tentera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 06:46 PM | Show all posts
tentera di raja sulu ?  
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kensel serang pasal plan dah bocor
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu nk tgk gak kehebatan esscom
Dulu aku pernah borak dgn SB yg face to face
Jumpa tentera sulu nie
Dia cakap sarawak ranger masuk pun x berkesan lawan askar sulu nie
Last masuk askar baru selesai
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 9-12-2021 06:58 PM
Ok lah tu nk tgk gak kehebatan esscom
Dulu aku pernah borak dgn SB yg face to face
Jumpa tentera sul ...

eh..sarawak ada 'tentera/unit khas' mereka sendiri ke???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dah plan nak ke sabah tahun depan .. alaaaa nak kena serang pulak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 9-12-2021 07:04 PM
eh..sarawak ada 'tentera/unit khas' mereka sendiri ke???

Aku pun xpasti cuma dia cakap kapak terbang kne kt askar sulu tu tpi x lut
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 9-12-2021 07:24 PM
Aku pun xpasti cuma dia cakap kapak terbang kne kt askar sulu tu tpi x lut

Adakah Sarawak Ranger ni seperti Kanang anak Langkau tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:51 PM | Show all posts
yang masa esscom turun sana dulu tu, pasal ni juga kan? mana entah benang tu dulu. Meols tak join pon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:44 PM | Show all posts
dpt lah melanjutkan lagi umur esscom di sabah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape sponsor kat sulu tu? China kah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 9-12-2021 07:41 PM
Adakah Sarawak Ranger ni seperti Kanang anak Langkau tu?

Sarawak ranger kan dah serap masuk dalam Rejimen Ranger Diraja..
Aku rasa yg dimaksudkan itu adalah Tiger Platoon PGA.. unit khas PGA sarawak..
Sama mcm VAT69
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 9-12-2021 09:47 PM

Malaysia ni betul2 aman masa mat sabu jadi menteri pertahanan je,xde sape yg berani ceroboh..dapat kat mail sabri dgn hisapmuddin sume hancurr..

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 9-12-2021 06:58 PM
Ok lah tu nk tgk gak kehebatan esscom
Dulu aku pernah borak dgn SB yg face to face
Jumpa tentera sul ...

Esscom tu tak guna bang.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 9-12-2021 07:24 PM
Aku pun xpasti cuma dia cakap kapak terbang kne kt askar sulu tu tpi x lut

Apa dorang avengers ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 10-12-2021 06:27 AM
Apa dorang avengers ke?

Kebal diaorg penuh dengan tangkal
Lgipun diaorg dh biasa berperang
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2021 06:05 AM
Esscom tu tak guna bang.

Jgn begitu dh pelancongan sektor penting sabah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 10-12-2021 07:19 AM
Kebal diaorg penuh dengan tangkal
Lgipun diaorg dh biasa berperang

Nak harapkan polis yang ibarat ayam karan @ ayam piara ini mahu lawan mereka, memang kirim salam saja la. Sebab itu habis kena ambush kena sembelih masa di Simunul dulu. Pakcik aku yang bertugas kat balai Semporna masa tu pun ngaku polis memang lembik takleh lawan meka sebab meka dah biasa berperang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 10-12-2021 07:19 AM
Jgn begitu dh pelancongan sektor penting sabah

Esscom tu antara penjawat awam yang makan gaji buta bagi aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Pian Cecupak meninggal dunia
annadonnaPian Cecupak meninggal dunia
Views : 5022 Replies : 86
Kuin Kepam Giat Mengepam Di LA V61
PulutSambalKuin Kepam Giat Mengepam Di LA V61
Views : 57557 Replies : 1909
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 52513 Replies : 367
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 81567 Replies : 120
Netizan Marah DSV Gelar Anuar Zain ....
ToungeSoupNetizan Marah DSV Gelar Anuar Zain ....
Views : 6791 Replies : 122
Bapa Danush cakap berpisah sementara bukan cerai : Selepas 18 tahun hidup bersama, akhirnya berpisah sementara? Ex menantu Rajinikanth
ZaienBapa Danush cakap berpisah sementara buk
Views : 1883 Replies : 46
AKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF, AMELIA HENDERSON]
eddlisa_uyukAKASIA : KISAH CINTA KITA [AEDY ASHRAF,
Views : 7248 Replies : 74
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 50051 Replies : 1158
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 313 Replies : 31



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.107848 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list