View: 487|Reply: 11
|
[Tempatan]
Ibu bapa tuntut guru enggan divaksin ditukarkan ke tempat lain
[Copy link]
|
|
Ibu bapa tuntut guru enggan divaksin ditukarkan ke tempat lain
https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... kan-ke-tempat-lain/
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
9 Disember 2021, 2:43 pm
Antara bapa pelajar SKDH menuntut seorang guru yang enggan divaksin ditukarkan ke tempat lain.
JITRA – Sebilangan waris pelajar Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights (SKDH) di Bandar Darulaman dekat sini hari ini berhimpun secara aman bagi menuntut supaya seorang guru yang enggan divaksin di sekolah tersebut ditukarkan ke tempat lain.
Selain mengangkat sepanduk bagi menyatakan tuntutan itu, kalangan tujuh individu yang merupakan bapa kepada pelajar sekolah tersebut turut menyerahkan memorandum kepada Guru Besar SKDH, Burhanurdin Hasan.
Menurut bapa pelajar di situ, Mohd. Huzainy Ahmad, 44, tuntutan itu dibuat demi keselamatan anak-anak mereka yang bersekolah di situ.
“Saya difahamkan ketika ini pihak sekolah menempatkan guru terbabit di surau dan tidak membenarkannya mengajar secara bersemuka.
“Namun pada masa sama guru itu dikatakan tidaklah berada di dalam surau sepanjang masa dan tetap juga bergerak ke sana-sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- K! ONLINE.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa komen cikgu2 antivaksin ? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 9-12-2021 02:47 PM
@dua_chzy tersenyum sinis
Kan akak dah kata something wrong dengan Malaya dan Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan cikgu dan murid2 jaga SOP dengan ketat, rasanya takde masalah cikgu tak divaksin mengajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung laa cikgu yang tak vaksin. Tak perlu mengajar dalam kelas. Cikgu lain penat nak cover. Memang patut cikgu tao vaksin diletak dalam satu sekolah skali semua cikgu dan murid yang tak mahu vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 9-12-2021 04:42 PM
Asalkan cikgu dan murid2 jaga SOP dengan ketat, rasanya takde masalah cikgu tak divaksin mengajar.
Tak boleh. Even meka pakai PPE pun tak boleh.
Itu cara KPM mahu pressure cikgu2 supaya pegi vaksin. Being alienated n everything. |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa replied at 9-12-2021 04:49 PM
Untung laa cikgu yang tak vaksin. Tak perlu mengajar dalam kelas. Cikgu lain penat nak cover. Memang ...
Bukannya mereka yang tak mahu mengajar. Btw mereka takda la lansung tak mengajar. Mereka buat video untuk guru relief tayang dalam kelas atau beri tugasan, tanda tugasan - masih mereka yang buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Di Sabah pun ada sdh ibu bapa buat aduan di JPN pasal dia x mahu hantar anak sbb ada guru tidak divaksin....emmm...ditelan mati mak,diluah mati bapak... |
|
|
|
|
|
|
|
suzlye77 replied at 9-12-2021 04:59 PM
Di Sabah pun ada sdh ibu bapa buat aduan di JPN pasal dia x mahu hantar anak sbb ada guru tidak diva ...
Mesti kawasan Bayou. |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 9-12-2021 04:42 PM
Asalkan cikgu dan murid2 jaga SOP dengan ketat, rasanya takde masalah cikgu tak divaksin mengajar.
Selagi anak ko tak dijangkiti cobid oleh guru dlm kelas yg mengajarnya yg belum vaksin la kheunz? |
|
|
|
|
|
|
| |
|