CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 233|Reply: 0

[Perlis] Perlis tambah baik hukuman syariah selepas RUU 355 dilulus

[Copy link]
Post time 9-12-2021 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Perlis tambah baik hukuman syariah selepas RUU 355 dilulus

Aizat Sharif - Disember 9, 2021 @ 1:14pmbhnews@bh.com.my




Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais pada persidangan DUN Perlis di Kangar. - NSTP/AIZAT SHARIF



KANGAR: Hukuman bagi kesalahan jenayah syariah di Perlis yang diperuntukkan mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 tidak perlu dipinda.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais berkata, kerajaan negeri sentiasa menambah baik perundangan undang-undang syariah di negeri ini.

"Seperti yang dimaklumkan, Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian (Private Members Bill) bernama RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) masih belum diluluskan di peringkat Persekutuan dan masih belum dibentangkan di peringkat kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri berpandangan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 tidak perlu dipinda," katanya menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini.

Menurutnya, cadangan kajian untuk penambahbaikan hukuman mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 akan dibuat setelah pindaan RUU 355 dibentang dan diluluskan oleh Parlimen.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 September lalu menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah Urusetia Teknikal Sivil/Syarak Kebangsaan menyatakan bahawa RUU 355 ini sedang berada dalam peringkat draf oleh kerajaan Pusat.

"Ia akan dibentangkan kepada negeri sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan sekali gus meminda RUU 355.

"Buat masa sekarang, kerajaan negeri menguatkuasakan hukuman jenayah syariah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 (Enakmen 4/1993) seperti yang diperuntukkan bidang kuasanya mengikut Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sedia ada," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075193 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list