CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7154|Reply: 227

[Tempatan] Ada restoran sudah mula naikkan harga makanan

  [Copy link]
Post time 9-12-2021 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Ada restoran sudah mula naikkan harga makanan

https://www.malaysiakini.com/news/602322

Kow Gah Chie
Diterbitkan:  Dec 9, 2021 10:21 AM⋅
Dikemaskini: 10:40 AM


Persatuan yang mewakili pengusaha makanan berhasrat menaikkan harga makanan dan minuman tahun depan berikutan kos bahan mentah dan barangan yang melambung tinggi.

Sesetengah restoran sedia ada telah pun menaikkan harga makanan dan minuman sebanyak 10 peratus.

Walaupun belum ada keputusan mengenai kadar kenaikan, pengusaha restoran berkata kenaikan harga tidak dapat dielakkan kerana mereka tidak dapat menampung kenaikan kos.

Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (Presma), yang mewakili 9,000 restoran, berkata sesetengah mereka mencadangkan kenaikan harga 10 peratus bagi setiap menu untuk menampung kenaikan kos 30 peratus harga barang.

Presidennya Jawahar Ali Taib Khan berpendapat kedai makan di Lembah Klang dan di lokasi utama mungkin perlu menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 20 sen di rangkaian kedai makan India Muslim.

Ia membabitkan makanan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu teh tarik, Milo, nasi lemak, roti canai, thosai, capati dan mee goreng.

"Kami telah dapat mengekalkan harga selama lebih tiga tahun. Presma mungkin satu-satunya persatuan yang meminta ahlinya tidak menaikkan harga mereka sehingga 30 Dis.

"Tetapi yang pasti kami akan mengenakan kenaikan menjelang tahun depan, pada kadar yang munasabah. Kami akan minimumkan kenaikan kami," kata Jawahar.

Tegasnya ia bukan untuk mencari keuntungan berlebihan, sebaliknya untuk menampung peningkatan kos yang begitu ketara.

“Walaupun kami mengenakan bayaran RM2.50 untuk sekeping roti canai, kami tidak dapat untung banyak kerana kami menyediakan kuah atau kari dhal bersamanya,” katanya lagi.

Isu kenaikan harga akan dibincangkan dalam perhimpunan agung tahunan Presma Rabu depan.

Jelasnya Presma juga telah menulis surat kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi untuk mendapatkan temu janji dan mendapatkan nasihat daripada kementerian itu.

Dilaporkan bulan lepas beberapa syarikat, termasuk Nestlé (Malaysia) Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd telah menaikkan harga runcit produk tertentu ketika ekonomi kembali rancak ekoran sekatan akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas) yang mewakili 1,500 ahli percaya ada antara ahlinya telah menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual di premis mereka.

"Harga bahan dan barangan yang kami beli meningkat 50 hingga 100 peratus," kata naib presiden Primas C Krishnan.

Dia menyifatkan kenaikan mendadak harga barangan disebabkan oleh barangan import yang lebih mahal disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global sejak pandemik Covid-19.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudddiaaaaa roti canai 2 hengget setengah, padu bak ang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mamak tmpt aku....sebelum ni:
mee goreng + teh tarik rm7.30
                     NAIK HARGA
mee goreng + teh tarik rm7.90
                     DAH.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Anney, teh tarik wunnek!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan order satu saja, orderlah dua, nanti insha alla saya boleh temankan adimanisssss
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
anney! kira...

wunnek, rendek, yenna, amma, serey, anjiwalley anjiwalley purtu malley, kari walley muttek, koli kari, minna kari, kuru yenna amma, ombotti ombotti anjiwalley muttek nallek, nenenenenenene, semua RM25 abang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2021 02:23 PM | Show all posts
Punyalah bermacam rangsangan gomen introduce sejak tahun lepas untuk peniaga. Tapi harga barang tetap naik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:30 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-12-2021 02:21 PM
anney! kira...

wunnek, rendek, yenna, amma, serey, anjiwalley anjiwalley purtu malley, kari walley  ...

hahahahaha......sila bayar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-12-2021 02:23 PM
Punyalah bermacam rangsangan gomen introduce sejak tahun lepas untuk peniaga. Tapi harga barang teta ...

BN menang rakyat senang katanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:34 PM | Show all posts
mampussss laaaaaa semua bende naik.. gaji tahap tu jugueee
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:39 PM | Show all posts
dulu ayam goreng mamak seketuk rm4, sekarang rm4.50
katanya baru je naik harga, minggu lepas.. ok la, sekurang2nya dia bgtau kenaikan ituu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam goreng KFC,  2 ketoi RM16 kau
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:57 PM | Show all posts
ultra78 replied at 9-12-2021 02:23 PM
Punyalah bermacam rangsangan gomen introduce sejak tahun lepas untuk peniaga. Tapi harga barang teta ...

tak boleh nak salahkan peniaga...salahkan pemborong bahan mentah & MONYETJAAN sebab tak reti kawal harga..abang iollss berniaga makanan dia ckap minyak masak botol naik smpai sebotol 5liter rm35, nak beli minyak paket cm lahanjeng payah namati cari..telur saiz C RM11.80 sepapan..blum masuk sawi, sesayur lain tu..abang meollss berniaga sarapan pagi & makan malam..memang x bleh survive sangat

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 03:34 PM | Show all posts
expected...
harga barang mentah naik, dah tu takkan expect harga makanan x naik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 03:49 PM | Show all posts
atas alasan apa harga barang naik??? sistem GST sudah masuk balik??? peniaga dah tak boleh lari dari cukai...nak hasil sama kena naikan harga barang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
SST senyap-senyap tibai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dobi kat rumah ni iron baju dr rm1.50 naik rm2. Alasan skrg semua mahal. Tak psl kait dgn harga makanan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 04:18 PM | Show all posts
Sebab tu restaurant dah tak sesesak macam dulu2, harga dah naik ramai makan dirumah je terutama yang ada ahli keluarga ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bye2 la mkn kat luar ni. grab ke benda foodpanda kr
harga mcm hantu takut aku.
mkn kat umah masyakkkk je la
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 04:55 PM | Show all posts
mamajawie replied at 9-12-2021 06:57 AM
tak boleh nak salahkan peniaga...salahkan pemborong bahan mentah & MONYETJAAN sebab tak reti kawal ...

i beli minyak masak 5 ltr tu rm38/sebotol..
dah naik mahal compared to before..

bahan mentah jgn ckp lah..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.301059 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list